Klik LIKE untuk dapatkan kemas kini melalui Facebook anda.

Menyalurkan informasi untuk orang makan gaji dan orang bisnes untuk lebih berjaya dalam kerjaya, kewangan dan bisnes dengan cara patuh syariah.

4 LORONG MENUJU KEKAYAAN.


Robert Kiyosaki, penulis buku Rich Dad Poor menyatakan terdapat 4 lorong menuju kekayaan. Lorong menuju kekayaan ini boleh juga digunakan untuk menentukan sumber pendapatan seseorang.


4 lorong tersebut dibentuk dalam satu gambar rajah yang disebutkan oleh Robert Kiyosaki sebagai Cashflow Quadrant. Ia menjadi petunjuk untuk mencapai bebas kewangan. Berikut adalah huraian gambar Cashflow Quadrant secara ringkas:

     # 1 - E  mewakili Employee.

Ia merujuk kepada orang yang bekerja dengan orang lain, atau selalu kita sebut dengan bekerja makan gaji. Orang yang menjana kekayaan melalui lorong ini biasanya mendapat wang gaji tetap setiap bulan.

E adalah pekerjaan yang dilakukan banyak orang pada saat ini. E hanya akan mendapat wang apabila ia melakukan kerja, apabila ia tidak bekerja, maka tiada wang yang masuk ke dalam poketnya.

     # 2 - S mewakili Self-employed.

Ia merujuk orang yang bekerja sendiri bagi mendapatkan sumber pendapatan. Sumber pendapatannya adalah berdasarkan hasil usahanya menjalankan perniagaan sendiri.

Seandainya S tidak bekerja, maka wang akan berhenti mengalir masuk ke dalam poket beliau. Aliran pendapatan bagi S adalah sama seperti mereka yang berada di kuadran E.

     # 3 - B mewakili Business Owner.

Ia merujuk kepada pemilik bisnes. Beza di antara S dan B adalah, bisnes milik B akan tetap beroperasi tanpa kehadirannya, kerana ia beroperasi dengan sistem yang tersusun.

B tidak bekerja, sebaliknya orang bawahannya yang bekerja terdiri daripada E dan S. B boleh meninggalkan bisnesnya dalam tempoh lama dan ia masih  beroperasi seperti biasa,

     # 4 - I mewakili Investor.

Ia merujuk kepada pelabur. Misalnya, orang yang menjalankan pelaburan, sama ada pelaburan hartanah, saham ataupun melabur dalam syarikat dan perniagaan miliki orang lain.

I tidak perlu bekerja untuk mendapatkan wang. Sebaliknya, wang yang bekerja keras dan mengalirkan lebih banyak wang masuk ke dalam poket orang yang beropesi di kuadran I.

Setiap Lorong Ada Potensi Jana Kekayaan.

Dalam buku Rich Dad’s Cashflow Quadrant Guide to Financial Freedom dijelaskan bahawa kesemua kuadran di atas sama ada E, S, B ataupun I mempunyai potensi untuk menjadi kaya. Tetapi B dan I mempunyai sedikit kelebihan. Orang yang bekerja dalam kuadran E dan S menjana pendapatan aktif, sedang B dan I pula menjana pendapatan pasif.

Sekiranya anda mahu menjana kekayaan dengan usaha yang kurang, maka anda perlulah belajar dan menceburi bidang kuadran B dan I. Namun, harus diingatkan untuk beroperasi daripada kuadran B dan I ia memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh di awal jalan, selepas itu barulah jalan kekayaan akan terbentang.

Berusaha menceburi B dan I tanpa ilmu yang mencukupi adalah sesuatu yang amat berisiko.

Di akhir, suka saya berpesan, apa pun lorong kekayaan yang anda ingin gunakan, yang penting jalan tersebut menjana pendapatan yang halal di sisi agama. Harta dan kekayaan bukanlah tujuan mutlak, tetapi ia adalah alat untuk kita meraih kejayaan di akhirat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mempunyai pendapat, pandangan dan pengalaman berkenaan topik yang dituliskan di atas? Tuliskan di bawah dan kongsikan bersama kami.