Klik LIKE untuk dapatkan kemas kini melalui Facebook anda.
MENGATASI SIKAP MALU MENJUAL.
Satu masalah yang dihadapi oleh seseorang yang baru melangkahkan kaki ke dalam dunia bisnes dan usahawan adalah malu untuk menjual. Rasa segan dan takut menghantui diri dan pelbagai bayangan memalukan bermain dalam fikiran.
Perkara ini lantas mempengaruhi kemajuan sesebuah bisnes. Ini kerana, menjual adalah punca keuntungan sesebuah bisnes. Tiada jualan bererti tiada keuntungan yang bakal dinikmati oleh sesebuah bisnes.
Biasanya sikap malu menjual dalam bisnes adalah disebabkan sudut pandang kita yang negatif terhadap aktiviti menjual itu sendiri. Justeru, untuk menghilangkan sikap malu menjual, hendaklah dimulakan dengan cara kita berfikir terhadap aktiviti menjual. Lihat menjual itu daripada sudut yang positif dan sebagai satu aktiviti keperluan dalam kehidupan kita seharian.
Berikut adalah tip untuk mengikis sifat malu menjual dalam bisnes.
- Apabila menjual niatkan tujuan kita adalah untuk membantu dan menolong orang lain. Menggembirakan orang lain dengan membantu mereka mendapatkan sesuatu yang bermanfaat buat mereka.
- Fahami bahawa sebab pelanggan menolak dan tidak menginginkan produk kita adalah disebabkan pelanggan tidak memerlukan produk kita dan bukannya sebab mereka tidak suka kepada kita.
- Bayangkan perkara yang baik-baik dalam minda kita apabila mahu menjual produk dan servis kita kepada orang lain.
- Layan dan anggap pelanggan seperti sahabat kita yang istimewa.
- Ucapkan ungkapan-ungkapan yang positif kepada diri.
- Buat latihan menjual bersama rakan-rakan kita yang menjual.
- Tambah informasi dan ilmu tentang kemahiran menjual yang betul, kemudian buat latihan berkali-kali.
- Cari seorang jurujual yang hebat, kemudian tiru.
- Bayangkan diri kita sebagai seorang penjual yang hebat dan tidak malu.
Renungan terakhir sebelum mengakhiri artikel ringkas ini. Cuba bayangkan, bagaimanakah keadaan anda apabila masuk ke dalam kedai, tetapi penjual dalam kedai tersebut malu-malu dengan anda? Bagaimanakah perasaan anda apabila ada penjual datang menghampiri anda dalam keadaan yang jelas malu-malu?
Saya percaya anda akan terasa suatu perasaan yang tidak kena pada diri anda atau pada diri si penjual. Mungkin juga akan terasa lucu. Lantaran itu, saya berusahalah sebaik mungkin mengikis sifat malu ketika menjual dalam menjalankan bisnes anda, agar anda tidak kelihatan 'tidak kena' ketika menjual.
Selamat berjaya!
Kategori
Pemasaran
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
The Top 5 Casinos in Michigan for Real Money 2021
BalasPadamThe best casino in Michigan for 에그 벳 players with a $10 free chip or 과천 출장안마 100% match deposit bonus. The 평택 출장샵 best 김포 출장샵 casinos in Michigan have one 김제 출장안마 of the most attractive welcome