Klik LIKE untuk dapatkan kemas kini melalui Facebook anda.

Menyalurkan informasi untuk orang makan gaji dan orang bisnes untuk lebih berjaya dalam kerjaya, kewangan dan bisnes dengan cara patuh syariah.

TIP BUANG PERANGAI BURUK.



Bukan sekali dua kita menyedari bahawa kita mempunyai perangai yang buruk dan tidak baik. Kita berusaha dan berniat untuk membuang perangai buruk tersebut, tetapi dalam banyak waktu kita gagal melakukannya.

Jika anda mengalami masalah berikut, saya cadangkan anda mencuba perkara ini:

1. Berdiri.

2. Pejam mata dan tenangkan diri.

3. Bayangkan anda melihat diri anda melakukan perangai buruk itu.

4. Hentikan bayangkan itu menjadi gambaran yang tidak bergerak.

5. Ubah gambaran itu menjadi sekeping kertas.

6. Dengan penuh perasaan renyuk kertas tersebut. (Buat aksi)

7. Lontar kertas yang renyuk itu sepenuh hati dan sejauh-jauhnya. (Buat aksi)

8. Sambil melontar dengan penuh semangat, teriak, "Aku benci kau!" (Buat aksi)

9. Lihat kertas ' buruk' itu pergi jauh. Semakin jauh. Mengecil dan hilang daripada pandangan.

10. Bayangkan anda merasa puas melakukannya dan gembira.

11. Buka mata anda dengan pantas.

12. Ulang sehingga beberapa kali atau beberapa waktu, sehingga anda rasa benar-benar benci perangai buruk dan tidak mahu mengulangnya lagi.


Semua proses ini dilakukan dalam keadaan memejam mata, kerana kita ingin ‘akses’ minda separa sedar kita yang menempatkan sikap dan tabiat yang sudah biasa diamalkan dalam kehidupan seharian.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mempunyai pendapat, pandangan dan pengalaman berkenaan topik yang dituliskan di atas? Tuliskan di bawah dan kongsikan bersama kami.