Klik LIKE untuk dapatkan kemas kini melalui Facebook anda.
Memaparkan catatan dengan label Pengurusan Kewangan Peribadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengurusan Kewangan Peribadi. Papar semua catatan
AKIBAT HARTA HARAM KEPADA KITA.
Dua Jalan Rezeki.
Allah s.w.t telah menetapkan rezeki bagi setiap manusia. Dia memberikan dua jalan kepada manusia untuk mendapatkan rezeki tersebut; jalan halal dan jalan haram, dengan berpandukan akal yang sihat, manusia dikehendaki memilih antara dua jalan tersebut.
Jalan halal membawa kejayaan di dunia dan akhirat. Harta halal yang diperolehi membuahkan keberkatan, kebaikan serta menghampirkan diri kepada Allah s.w.t. Sedangkan, jalan haram hanya membawa kebaikan di dunia (mungkin), tetapi ia bakal memberikan azab kepada pemiliknya. Tiada keberkatan pada harta yang terhasil daripada jalan yang haram.
Apa Kata Nabi s.a.w?
# 1 - Penghalang Masuk Syurga.
# 1 - Penghalang Masuk Syurga.
Pernah Nabi s.a.w bersabda kepada Ka`ab:
“Sesungguhnya tidak akan masuk Syurga daging yang tumbuh daripada makanan yang haram.” (Darjatnya Shahih Lighairihi, Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, no. 1728)
Ertinya orang yang daging tubuhnya berasal daripada makanan yang haram, maka dia tidak akan masuk Syurga. Ada yang mendengar hadis ini cuba memberikan helah dengan berkata,
“Saya tidak gunakan duit judi yang saya menang untuk makan dan minum. Duit ini saya hanya untuk beli benda seperti pakaian, kereta dan lain-lain. Jadi, badan saya tidak akan diresapi makanan dan minuman yang haram."
# 2 - Penghalang Terkabulnya Doa.
Untuk orang yang berkata sedemikian, renungkan sabda Nabi s.a.w yang berikut:
“Sesungguhnya Allah ta'ala itu baik, Dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para rasul.Allah berfirman: “Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang saleh.” Dan Allah berfirman lagi: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu.”Setelah itu, Rasulullah s.a.w mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah berlayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon: “Ya Tuhanku! Ya Tuhanku!” Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya dia (doanya) untuk dikabulkan.” (Riwayat Muslim, Arbain an-Nawawiyyah, no. 10)
Dalam hadis di atas, bukan setakat makanan dan minuman yang haram penghalang daripada terkabulnya doa, tetapi ia termasuk juga pakaian. Pakaian boleh kita kiaskan dengan kegunaan-kegunaan lain seperti kenderaan, rumah dan peralatan lain.
Niat Baik Tidak Menghalalkan Cara.
Islam mengajarkan, niat yang baik tidak boleh menjadi alasan mendapatkan harta dengan jalan yang diharamkan. Misalnya, mencuri dengan tujuan untuk bersedeqah kepada orang yang kesusahan atau berjudi untuk mendapatkan wang untuk menunaikan haji dan umrah.
Sesungguhnya Allah s.w.t itu baik dan Dia tidak akan menerima ibadah melainkan sumbernya daripada perkara yang baik jua. Ibadah yang dilakukan dengan harta yang haram tidak ada nilainya di sisi Allah s.w.t, selagi seseorang itu tidak bertaubat dengan cara yang sewajarnya.
Saya tinggalkan anda dengan maksud firman Allah s.w.t yang berikut:
“Makanlah daripada rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah.” (Surah al-Baqarah: 172)
Semoga penulisan ini memberi manfaat buat anda. Silakan untuk berkongsi bersama rakan-rakan anda.
(Sumber gambar: mialiana, insyirahazhar)
SEDIAKAN 3 PAYUNG HADAPI WAKTU 'HUJAN'
Dalam artikel yang lalu saya telah kongsikan dengan anda tentang cara menyimpan wang yang efektif. Setiap kali mendapat wang gaji atau pendapatan, kita mesti mengasingkan wang simpanan terlebih dahulu, barulah mengurus wang untuk perbelanjaan bulanan.
Simpanan adalah ibarat payung untuk menghadapi hujan pada masa depan.
Andai kita tidak mempunyai payung simpanan, saat tibanya hujan masalah, pasti kita akan ‘basah kuyup’ meredahnya, atau terpaksa duduk diam sahaja di rumah.

Shamsuddin Kadir seorang penulis dan pakar kewangan Malaysia menyatakan melalui bukunya Makan Gaji Tetapi Kaya, simpanan dibahagikan kepada 3 bahagian. Dalam penulisan ini saya olah sedikit, dan namakan pembahagian ini sebagai ‘3 Payung Kewangan’.
Payung # 1: Simpanan Jangka Panjang.
Payung ini adalah simpanan untuk masa tua kita. Pada saat kudrat tidak mampu lagi bekerja seperti orang muda, jumlah pendapatan bulanan kita mungkin berkurangan atau tiada lagi. Berdasarkan Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS), terdapat 80 peratus pekerja di Malaysia risau mempunyai simpanan yang tidak mencukupi apabila mencapai umur bersara.
Kegagalan menyimpan wang untuk usia tua mendedahkan kita kepada pelbagai masalah, seperti terpaksa bekerja keras untuk meneruskan hidup atau bergantung hidup kepada anak-anak dan saudara.
Lebih-lebih lagi, ketika usia sudah semakin lanjut, kos perubatan kita mungkin meningkat kerana pelbagai penyakit yang menimpa. Tanpa menyediakan simpanan untuk jangka panjang ini, pasti kita akan dilanda gelisah dan resah jika tidak sabar menghadapinya.
Sesetengah orang mengambil jalan ringkas, meremehkan menyimpan wang untuk usia tua, atas alasan hidup bergantung dengan anak-anak sudah memadai. Ia adalah amat berisiko, kerana kita tidak tahu apa yang berlaku esok hari.
Bagaimana jika ditakdirkan Allah, anak yang diharapkan menjaga kita diusia tua, ditakdir pergi dahulu? Pada saat itu, pada siapa kita mahu meminta bantuan lagi? Mungkin ada yang sudi menghulurkan bantuan, tetapi pastinya ia tidak semudah yang disangka.
Bagi payung ini, sebaik-baiknya ia adalah simpanan yang kita aturkan sendiri, dan bukannya dengan mengharapkan wang pencen atau simpanan KWSP sahaja.
Payung # 2: Simpanan Jangka Pendek.
Payung kedua berfungsi untuk memenuhi keperluan atau kemahuan yang ingin kita capai dalam tempoh yang tidak begitu lama. Ini adalah simpanan untuk memenuhi keperluan dan kemahuan kita dalam masa terdekat.
Contoh, kita menyimpan wang, kerana ingin membeli kereta pada hujung tahun ini atau ingin membelikan sebuah komputer untuk kegunaan anak-anak dirumah 2 bulan akan datang.
Payung # 3: Simpanan Waktu Kecemasan.
Lumrah hidup, terkadang apa yang kita rancang tidak semuanya menjadi. Simpanan ini adalah untuk menghadapi masa kecemasan. Contohnya ditimpa penyakit yang memerlukan kos rawatan atau terlibat dengan kemalangan dan dinasihatkan oleh doktor agar berehat dalam masa sebulan, sedangkan kita bekerja sendiri bukannya makan gaji. Tiada kerja bererti tiada pendapatan untuk kita.
Maka saat sebegini kita perlu bergantung dengan simpanan kecemasan untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Ataupun kita tinggal di perantauan, lalu terpaksa balik ke kampung dengan segera kerana terdapat perkara yang mahu diselesaikan.
Pada artikel yang lepas juga, telah saya kongsikan bahawa kadar simpanan yang sesuai adalah 30 peratus daripada wang gaji kita. Andaikan kita menerima wang gaji RM1000 setiap bulan, maka simpan sebanyak RM300 daripadanya. RM300 itu bahagikan kepada 3; simpanan jangka panjang, jangka pendek dan kecemasan. Jumlah pembahagian adalah terpulang pada kita. Adakah RM120, RM80 dan RM100? Adakah RM100, RM100, RM100? Kita sendiri perlu bijak mengaturnya.
Berapakah Jumlah untuk Simpanan Kecemasan?
Kadar simpanan wang kecemasan yang sesuai adalah menyamai gaji kita selama 6 bulan. Seandainya wang gaji kita adalah RM1000 sebulan, maka jumlah simpanan yang perlu ada dalam ‘payung kecemasan’ kita adalah sebanyak RM6000.
Apabila simpanan kecemasan telah sampai RM6000, kita bolehlah menumpukan untuk menambah simpanan jangka panjang dan jangka pendek. Wang yang diperuntukkan untuk simpanan jangka panjang, digunakan untuk menyempurnakan payung kewangan yang pertama dan kedua.
Wang simpanan kecemasan, hanya digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Manakala wang simpanan jangka panjang, bagi hadapi usia tua sama sekali tidak boleh diusik demi kehidupan yang mudah di masa tua.
Jika anda belum membuat sebarang simpanan yang mencukupi, usah gelisah. Bermulalah daripada sekarang demi masa hadapan anda yang lebih baik.
Menyimpan ada benih kepada pokok kekayaan dan kesenangan.
USAH TUNGGU DUIT BANYAK.
"Bila gaji saya naik, pasti saya akan dapat simpan wang."
Itu antara kata-kata yang pernah saya dengar tentang menyimpan. Tidak sedikit yang percaya, dengan meningkatnya pendapatan, maka taraf hidup akan semakin baik.
Mereka percaya jika mereka berpeluang mendapat gaji lebih besar, maka mereka akan dapat menyimpan lebih banyak wang, dan tidak merasa sempit hingga hujung bulan.
Realiti yang berlaku dalam kehidupan hari ini, meningkatnya pendapatan tidak menjamin kita hidup senang sehingga hujung bulan.
Tidak sedikit yang mendapat pendapatan yang lebih besar daripada tahun sebelumnya, tetapi kehidupan masih sempit dan merasa susah hati sehingga hujung bulan, dan tiada simpanan kecemasan.
Puncanya? Sukar mengurus nafsu dan terlalu mengikut hawa nafsu. Saat melihat wang yang banyak masuk ke dalam poket, pelbagai perkara yang tidak mampu dimiliki sebelum ini terlintas dalam fikiran.
Besar Periuk, Maka Besar Juga Keraknya.
Situasi ini sesuai dengan pepatah Melayu, "Besar periuk, maka besar juga keraknya".
Situasi ini sesuai dengan pepatah Melayu, "Besar periuk, maka besar juga keraknya".
Meningkatnya pendapatan, tidak menjamin kehidupan yang lebih baik, andai kita tidak pandai menguruskannya dengan betul.
Usah menunggu dapat wang yang banyak baru mahu belajar mengurus wang. Belajarlah mengurus dan menyimpan wang daripada sekarang.
Simpanlah sejumlah wang daripada pendapatan yang diperolehi. Walau mungkin cuma RM20 sebulan. Seperti kata pepatah, "Sedikit lama-lama jadi bukit."
Sebelum mengakhiri, satu lagi ungkapan yang biasa didengar,
“Bila saya dapat wang lebih banyak, pasti saya akan dapat sedekah nanti.”
Yang sebenarnya, usah menunggu wang banyak baru mahu sedeqah.
Sedeqah disaat kita susah itu kadang-kadang itu lebih utama di sisi Allah, berbanding sedeqah ketika senang, kerana saat itu kita perlu mujahadah melawan hawa nafsu untuk bersedeqah.
Jaminan Nabi Muhammad s.a.w, sesungguhnya sedeqah itu tidak mengurangkan harta. Boleh jadi sedeqah ketika kita susah itu boleh membuka pintu rezeki kita daripada Allah.
(Sumber gambar: Kenji Gunderson )
BONGKAR RAHSIA HUKUM TARIKAN & BUKU MINDA JUTAWAN!
Bagaimana Buku Secret of the Millionaire Mind Boleh Mengubah Kita?
Buku Secret of the Millionaire Mind yang dikarang oleh T. Harv Eker adalah salah satu daripada buku motivasi kewangan dan pembangunan diri yang terkenal dan tersenarai sebagai buku bestseller di New York Times, Wall Street Journal dan USA Today.
Bagi sesetengah orang, buku Secret of the Millionaire Mind (SMM) adalah buku yang hebat untuk mengubah pemikiran seseorang untuk mencapai kekayaan dan menjadi seorang jutawan.
Tidak dinafikan, buku ini memang telah banyak mengubah cara sesetengah orang berfikir. Namun, yang akan dibicara pada penulisan kali ini bukanlah kelebihan tersebut tetapi ‘rahsia’ halus yang mungkin terlepas pandang atau mungkin tidak diketahui oleh sesetengah orang.
Saya membeli buku ini pada tahun 2012 yang lepas. Sepanjang membaca buku ini, saya menyedari satu perkara, iaitu T. Harv Eker ini membawa satu pemikiran yang bercanggah dengan Islam. Sudah lama saya mahu menulis berkenaan perkara ini, tetapi baru sekarang berpeluang untuk menulisnya.
Dalam buku SMM, T. Harv Eker membawa satu pemikiran yang menyekutukan Allah. Ia tidak menghairankan, kerana beliau bukanlah seorang yang menganut agama Islam. Tetapi, tujuan saya membicarakan perkara ini, agar orang-orang Islam yang membaca buku SMM tidak terjebak dengan kesalahan akidah yang terdapat di dalamnya.
Meminta Bantuan Ghaib Daripada Alam: Menyekutukan Allah.
T. Harv Eker dalam buku SMM membawa pemikiran ‘memuja alam’ atau memohon permintaan daripada alam.
Buktinya, pada halaman 117, T. Harv Eker menulis:
“Universe, if anyone has something great coming to them and they’re not willing to take itu, send it to me! I am open and willing to receive all of your belessings. Thank you.”
Pada halaman 67,
“The universe, which is another way of saying ‘higher power’ is akin to a big mail-order department. Is is constantly delivering peole, events, and thing to you. You ‘order’ what you get by sending energetic messages out to universe based on your predominant beliefs. Again, based on the Law of Attraction, the universe will do its best to say yes and support you. But if you have mixed messages in your file, the universe can’t understand what your want.”
Cukuplah dua potongan ayat di atas ini menjelaskan, bahawa T. Harv Eker mengajarkan agar kita memohon dan meminta daripada alam. Apa yang dinyatakan oleh T. Harv Eker ini adalah bersumberkan daripada satu ‘hukum’ yang dinamakan ‘Hukum Tarikan’ atau Law of Attraction (LOA).
Hukum Tarikan?
LOA mengajarkan bahawa kita ini adalah seumpama magnet yang boleh menarik perkara-perkara yang ada disekeliling kita. Salah satu daripada ‘rukun’ LOA adalah dengan meminta daripada alam. Rujuk sini, How to Use the Law of Attraction.
Amat membimbangkan, kemungkinan tidak sedikit umat Islam yang terjebak dengan LOA ini apabila membicarakan motivasi kewangan.
Kesimpulannya, LOA dan apa yang diajarkan oleh T. Harv Eker dalam buku SMM tentang Hukum Tarikan adalah bercanggah dengan prinsip Islam yang mengajarkan, apabila kita mahukan sesuatu maka berdoa dan mintalah daripada Allah.
Perbuatan meminta daripada alam adalah satu perbuatan syirik atau menyekutukan Allah. Sesuatu yang wajib diketahui, perbuatan meminta bantuan ghaib daripada selain Allah – dalam konteks ayat di atas adalah alam semesta – adalah perbuatan yang boleh membatalkan keimanan dan mengeluarkan seseorang daripada Islam.
Ia termasuk dalam syirik akbar (besar) yang mana sesiapa yang beramal dengan syirik akbar tanpa bertaubat sehingga meninggal dunia, boleh menyebabkan seseorang itu kekal dalam api neraka. Moga Allah menjauhkan kita daripadanya.
Firman Allah s.w.t:
“Jika kamu mempersekutukan (Allah) nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan kamu akan termasuk orang yang rugi.” (Surah az-Zumar: 65)
Firman Allah s.w.t lagi:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu), dan Dia akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar." (Surah an-Nur: 48)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
"Barang siapa yang bertemu Allah (pada hari akhirat) dengan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun, dia akan masuk ke dalam Syurga. Dan barang siapa bertemu-Nya dengan menyekutukan-Nya dengan sesuatu, dia akan masuk ke dalam Neraka.” (Shahih Muslim, no. 136)
Berdoa Kepada Allah.
Apabila kita menginginkan sesuatu perkara, berdoalah kepada Allah. Tiada yang memperkenankan doa melain Dia jua.

Firman Allah:
“Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Surah al-Mukmin : 60)
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Doa adalah ibadah. Tuhan kalian berfirman, berdoalah kepadaku, nescaya akan aku perkenankan untukmu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari mengibadahi-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan yang hina.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 3247. Darjatnya hasan shahih)
P/S: Dicadangkan untuk menyebarkan artikel ini, agar tiada umat Islam yang terjebak dengan kesilapan akidah dan kesyirikan yang terdapat dalam buku Secret of the Millionaire Mind dan mana-mana buku yang memuatkan LOA. Moga usaha kecil ini, akan beri manfaat kepada kita bersama-sama.
(Sumber gambar: Sathish J , Aswany)

MENGESAN KEBOCORAN WANG.
Situasi Pertengahan Bulan.
Sudah pertengahan bulan. Selesai menjamu selera di sebuah restoran berhampiran tempat kerja, kita pergi ke kaunter untuk membayar harga juadah yang telah kita nikmati. Bila buka sahaja dompet, raut wajah kita berubah mendadak, rupanya dalam dompet cuma ada beberapa keping wang warna hijau!
"Eh! Mana perginya wang yang banyak? Apa yang saya sudah beli sampai tinggal sikit begini?" Baru kita sedar, dompet kita yang dahulu tebal sudah makin nipis.
Dalam situasi lagi, kita pergi ke mesin ATM, dan menggaru-garu kepala bila lihat rekod di skrin tidak lebih daripada RM100. Ke mana perginya wang yang banyak? Apa yang sudah dibeli?
Jejaki Perbelanjaan Anda.
Saya percaya, tidak sedikit daripada kita pernah mengalami situasi tersebut. Tertanya-tanya ke mana kita telah belanjakan wang kita, dan di mana kebocoran yang berlaku.
Pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu cara mudah bagaimana untuk mengenal pasti kebocorang wang yang diamalkan orang berjaya.
Cara yang saya maksudkan ini adalah merekod perbelanjaan atau wang yang keluar daripada poket kita. Untuk melakukannya, kita cuma perlu sediakan pen dan buku tulis sahaja, atau kita juga boleh gunakan mana-mana perisian seperti Microsoft Excel dan aplikasi kewangan yang boleh diinstall dalam telefon pintar kita – saya gunakan Microsoft Excel dan buku nota sahaja.
Apabila kita membeli atau membayar sesuatu yang mengeluarkan wang daripada poket kita, kita perlu rekodkan dalam buku tersebut. Walau cuma 20 sen sekalipun, ia perlu juga untuk kita rekod! Antara yang perlu ada dalam rekod tersebut adalah nama barangan yang dibeli (Contoh: nasi ayam, tisu, bayaran tempat letak kereta), tarikh dan nilai wang yang keluar.
Setiap malam, sebelum tidur, kita lihat semua rekod perbelanjaan kita dan bandingkan dengan jumlah wang perbelanjaan yang tinggal dalam poket kita untuk hari seterusnya.
Nampak leceh? Ya. Mungkin. Tetapi percayalah, ia cara yang berkesan untuk mengenal pasti kebocoran wang kita.
Pada awal usaha saya belajar mengurus kewangan, saya telah mempratikkan cara merekod kewangan ini, dan ia telah mengejutkan saya tentang cara saya berbelanja, seterusnya menyedarkan betapa tenatnya situasi kewangan saya.
Tidak sampai pertengahan bulan, saya telah menghabiskan lebih 50 peratus daripada wang gaji yang diperolehi. Semenjak daripada itu, saya terus mengubah cara saya berbelanja. Alhamdulillah, kini saya hanya menggunakan 30-50 peratus wang gaji untuk perbelanjaan setiap bulan.
Apabila tiba hujung bulan nanti, kita boleh buka semula rekod masuk dan keluar kewangan kita untuk dianalisis.
Antara kepentingan merekod perbelanjaan yang disebutkan di atas ini adalah:

- Kita akan lebih peka dengan berapa jumlah wang yang berada dalam tangan kita untuk dibelanjakan.
- Jika terdapat kebocoran dalam perbelanjaan, kita akan dapat mengesannya lebih awal dan memperbaikinya kebocoran tersebut pada masa akan datang.
- Rekod perbelanjaan tersebut boleh mencerminkan kepada kita tentang sikap sebenar diri kita dalam menguruskan kewangan, untuk diperbaiki. Adakah baik atau sebaliknya.
- Kita akan berfikir dengan lebih baik sebelum berbelanja, seterusnya memperbaiki cara kita mengurus perbelanjaan.
10 LANGKAH BEBAS HUTANG.
1. Niat dan Matlamat.
Tetapkan niat dan matlamat untuk membayar kesemua hutang yang telah kita buat. Impikan hidup kita setelah bebas daripada hutang, dan betapa bahagianya kita.
Nyatakan matlamat kita untuk bebas hutang dengan jelas, berpandukan cara menetapkan matlamat yang sudah dikongsikan sebelum ini.

2. Buku Hutang.
Senaraikan semua hutang yang kita, daripada pinjaman pelajaran sehinggalah kepada pinjaman peribadi. Lihat status hutang kita, berapa jumlah yang masih perlu dibayar, tempoh yang masing tinggal dan ansuran bulanan.
3. Berhenti Buat Hutang Baru.
Tiada guna usaha kita untuk menutup lubang, tetapi dalam masa yang sama kita menggali lubang baru yang lain. Justeru, berhenti berhutang berusahalah untuk tidak berhutang kecuali benar-benar perlu dan terdesak.
Jangan sesekali berhutang untuk membeli benda yang tidak memberikan keuntungan jangan panjang kepada kita. Cari alternatif lain sebelum berhutang.
4. Tambah Pendapatan.
Jika ada peluang untuk menambah pendapatan, ambil peluang tersebut. Dengan bertambahnya pendapatan, kita mempunyai peluang untuk membayar hutang yang telah dibuat dengan lebih mudah dan lebih banyak hutang boleh dilangsaikan.
Tidak semestinya kita perlu buat bisnes untuk meraih lebih pendapatan. Tingkatkan prestasi dan kualiti kita ditempat kerja yang seterusnya memberi peluang kita dinaikkan pangkat dan gaji.
5. Tepati Masa.
Bayar hutang mengikut waktu yang telah ditetapkan. Pastikan kita ingat bila waktunya kita perlu membayar hutang-hutang kita, agar tidak terlupa dan terlewat untuk membayarnya. Itu pentingnya kita membuat buku hutang.
6. Bayar Lebih.
Jika mempunyai wang lebih dan berpeluang untuk membayar lebih hutang kita, maka lakukan. Apabila kita mendapat wang bonus pada setiap akhir tahun, pastikan kita sediakan amaun tertentu daripada wang bonus tersebut untuk membayar hutang.
Cuba berbincang dengan pemiutang apabila kita mampu untuk memendekkan tempoh membayar hutang kita.
7. Utamakan Yang Lebih Riba.
Utamakan untuk melangsaikan hutang yang mempunyai riba atau lebih banyak ribanya. Ini bagi mengelakkan pertambahan hutang kita daripada jumlah yang sepatutnya kita bayar. Jika kita tiada hutang yang mempunyai riba, bayar hutang yang paling sedikit dahulu.
Dengan melangsaikan hutang yang paling sedikit, ia akan memberikan kita semangat untuk melangsaikan hutang yang lebih besar.
8. Sedekah.
Sedekah tidak akan mengurangkan harta. Berdasarkan apa yang berlaku disekeliling kita, orang yang gemar bersedekah, mereka memperolehi rezeki yang tidak disangka-sangka. Berikan sedekah menurut kemampuan kita, tidak banyak pun tidak mengapa.
9. Jangan Berputus Asa.
Apa pun yang berlaku, walau sebanyak mana hutang kita, perlu berusaha untuk melangsaikannya. Jangan sesekali menyatakan perkara negatif atau sabotaj diri dengan berkata, "Saya tidak akan mampu langsaikan hutang ini sampai bila-bila!"
Ingat, kejayaan itu bermula daripada minda. Hutang adalah penyakit wang. Dan tiada suatu penyakit yang diturunkan Allah, melainkan pasti ada penawarnya. Justeru, yakin pada Allah dan janjinya.
10. Berdoa.
Apa pun segala usaha untuk bebas daripada hutang, jangan lupa untuk berdoa. Mohon rezeki yang berkat, banyak dan bermanfaat daripada Allah. Sambil itu tinggalkan perkara haram dan dosa bersungguh-sungguh, kerana ia boleh menghalang doa dan menyekat rezeki kita.
Akhir sekali mari kita renungi sabda Nabi s.a.w ini:
مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسِ يُرِيدُ أَدَاءَهَا أَدَّى اللَّهُ عَنْهُ وَمَنْ أَخَذَ يُرِيدُ إِتْلَافَهَا أَتْلَفَهُ اللَّهُ
"Siapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat akan membayarnya maka Allah akan (membantu usahanya) untuk membayarnya, sebaliknya siapa yang mengambilnya dengan maksud merosakkannya (tidak mahu membayarnya) maka Allah akan mengazab orang itu". (Riwayat al-Bukhari, no. 2212)
Hadis ini memberikan semangat buat orang yang berhutang dengan niat mahu membayarnya, bahawa Allah akan membantunya untuk melangsaikan hutang tersebut. Sedangkan orang yang berniat tidak mahu membayarnya, hidupnya akan disusahkan oleh Allah, sama ada di dunia dan di akhirat.

Dengan mengamalkan 10 langkah ini, dengan izin Allah, hidup kita akan tenang, walaupun berhutang, sehinggalah kita berjaya melangsaikan kesemua hutang kita.
CARA MENETAPKAN MATLAMAT KEWANGAN.
Seperti yang dijanjikan dalam catatan yang awal, sekarang saya ingin berkongsi cara-cara menetapkan matlamat kewangan yang jelas, yang saya amalkan. Dengan menetapkan matlamat kewangan yang jelas, ia akan membantu kita untuk mencapai matlamat yang kita mahu dengan lebih mudah, dengan izin Allah.
Berikut adalah kriteria yang perlu ada untuk kita menetapkan matlamat kewangan yang jelas.
1. Tempoh Waktu.
Perkara pertama yang perlu kita tetapkan adalah, bila kita mahu mencapai matlamat kewangan kita? Ini persoalan yang mesti dijawab. Adakah 10 tahun daripada sekarang, atau ketika berusia 40 tahun nanti? Dengan menetapkan tarikh akhir matlamat kita, ia akan memberikan kita tekanan positif untuk segera bertindak mencapai apa yang kita inginkan.
2. Dapat Diukur.
Menetapkan matlamat ingin menjadi kaya, sederhana dan bebas kewangan sahaja tidak cukup. Ia ada matlamat yang masih kabur. Kita perlu nyatakan matlamat kewangan kita secara spesifik. Adakah ia RM 50 ribu atau RM 100 ribu atau mana-mana jumlah yang kita mahukan?
Mungkin juga ia berupa aset, seperti 2 buah rumah appartment, 1 buah rumah kedai, dan 1 ekar tanah. Tetapkan dengan jelas, dan bukan sekadar matlamat yang kabur. Dengan penetapan ini, kita lebih jelas apa sebenarnya yang kita mahu.
3. Dapat Dicapai.
Pastikan matlamat kewangan kita itu mampu dicapai. Jangan menetapkan suatu matlamat yang mustahil untuk kita capai, kerana ia akan mematahkan semangat kita untuk mencapainya. Jika kita mempunyai matlamat yang besar, saya cadangkan agar matlamat besar itu dipecahkan kepada matlamat-matlamat kecil yang mudah kita capai terlebih dahulu.
Jika kita menetapkan matlamat kewangan RM 100 ribu, kita boleh pecahkan ia kepada matlamat kecil. Contohnya, matlamat pertama mencapai RM 10 ribu, RM 20 ribu, dan seterusnya.

4. Ditulis.
Sediakan kertas dan tulis matlamat kita. Lihat ia secara berkala atau simpan di tempat yang biasa kita buka. Sekadar menyimpannya di dalam ingatan tidak memadai. Boleh jadi kita terlupa tentangnya nanti.
Tulis matlamat kita dengan perkataan "saya" dan seolah-olah kita telah mencapainya. Contoh ringkas,
"Ketika berusia 40 tahun, pada tahun 2025 saya telah mencapai status bebas kewangan, dengan pendapatan pasif sebanyak RM 5 ribu sebulan, yang dijana daripada 6 pelaburan hartanah."Lebih baik, saat menulis matlamat kewangan ini ditambah juga dengan senarai 'mengapa' kita mahu mencapainya, apakah perkara mendorong kita mencapainya. Ini penting, kerana ia akan menjadi pembakar semangat kita untuk mencapai matlamat kewangan yang kita tetapkan.
Menurut Brian Tracy, seorang pakar pembangunan diri terkenal, sebuah matlamat yang kabur tidak disebut sebagai matlamat, tetapi ia hanyalah sebuah harapan.
Jika anda yang membaca artikel ini, sudah mempunyai matlamat yang jelas, tahniah saya ucapkan. Jika belum lagi, bertindaklah segera untuk mengubah 'harapan' itu menjadi sebuah matlamat yang bermakna dalam kehidupan. Semoga dengan itu, perjalanan kita mencapai matlamat kewangan yang diimpikan mennjadi lebih mudah.
MENGAPA MAHU KAYA?
Ramai orang ingin tahu bagaimana caranya untuk jadi kaya. Dan tidak sedikit daripada orang kaya yang telah membongkarkan bagaimana caranya mencapai kekayaan.
Hairan, dalam ramai ingin tahu cara menjadi kaya itu, hanya sedikit bertindak untuk menjadi kaya. Yang lain masih kekal dalam kehidupan lama, meskipun mereka telah tahu cara menjadi kaya.
Setelah difikir, akhirnya persoalan mengapa ramai orang tidak menjadi kaya bukanlah kerana mereka tidak tahu bagaimana mencapainya. Tetapi ia adalah disebabkan mereka tidak kurang atau tidak mempunyai sebab 'mengapa' mereka perlu menjadi kaya.
'Mengapa' Lebih Penting Daripada 'Bagaimana'.
Orang selalu bertanya 'bagaimana', tetapi orang selalu terlupa untuk bertanya 'mengapa'. Sedangkan, persoalan 'mengapa' adalah lebih penting untuk mencapai sesuatu perkara. Orang yang tahu 'bagaimana', belum tentu akan bertindak, tetapi orang yang tahu 'mengapa' pasti akan bertindak.
'Mengapa' atau sebab untuk mencapai segala sesuatu adalah antara pembuka jalan menuju kejayaan. Di mana ada kemahuan di situ ada highway!
Ia juga adalah penunjuk aras kemahuan seseorang. Semakin banyak 'mengapa' atau sebab untuk mencapai sesuatu, maka semakin baik. Ia akan menjadi pembakar semangat untuk bertindak.
Justeru, hari ini mari kita berfikir mengapa mahu jadi kaya? Untuk apa kekayaan itu buat kita? Apakah ertinya menjadi kaya?
Berikan 10 sebab kita mahu jadi kaya. Jika lebih banyak, itu lebih baik. Paling penting sebab perlu menjadi kaya adalah agar dapat berbakti kepada umat, dibelanjakan di jalan Allah dan menyara keluarga. Ini wajib ada dalam senarai.

PENDAPATAN AKTIF, PASIF & PORTFOLIO
Pendapatan yang didapati dengan melakukan sesuatu pekerjaan. Ada kerja, baru ada pendapatan. Sekiranya tiada sebarang kerja kita lakukan maka, pendapatan kita juga berhenti.
Contoh pekerjaan yang menjana pendapatan aktif adalah guru, kerani, polis, peguam, orang yang bekerja sendiri dan banyak lagi. Jika ada kerja yang dilakukan, maka baru dibayar gaji. Jika tiada kerja yang dilakukan, maka tiada gaji yang akan dibayar.
# 2 - Pendapatan Pasif.
Pendapatan yang didapati dengan melakukan kerja dalam usaha yang amat sedikit. Kita cuba berusaha sekali, dan berpeluang menjana pendapatan berkali-kali.
Contoh pekerjaan yang menjana pendapatan pasif ini adalah penulis buku dan pelabur hartanah. Dengan hanya menulis sebuah buku, penulis akan mendapat royalti setiap tahun apabila bukunya mendapat sambutan. Bagi pelabur hartanah, mereka membeli rumah dan menyewakannya. Setiap bulan mereka akan mendapat bayaran sewa daripada penyewa tanpa perlu bekerja.
# 3 - Pendapatan Portfolio.
Pendapatan ini adalah pendapatan yang dijana melalui capital gains. Contoh, kita membeli emas, perak atau saham pada harga tertentu. Apabila harga emas, perak atau saham naik, maka kita menjualnya pada harga yang tinggi daripada harga ketika kita beli. Saat itu kita mendapat keuntungan kerana kenaikan nilainya.
Jika dilihat berpandukan Cashflow Quadrant yang diperkenalkan Robert T. Kiyosaki, mereka yang menjana pendapat aktif berada pada kuadran E dan S. Manakala mereka yang menjana pendapatan pasif dan portfolio berada pada kuadran B dan I.
Dalam kategori mana pendapatan yang sedang anda usahakan sekarang?
4 LORONG MENUJU KEKAYAAN.
Robert Kiyosaki, penulis buku Rich Dad Poor menyatakan terdapat 4 lorong menuju kekayaan. Lorong menuju kekayaan ini boleh juga digunakan untuk menentukan sumber pendapatan seseorang.
4 lorong tersebut dibentuk dalam satu gambar rajah yang disebutkan oleh Robert Kiyosaki sebagai Cashflow Quadrant. Ia menjadi petunjuk untuk mencapai bebas kewangan. Berikut adalah huraian gambar Cashflow Quadrant secara ringkas:
# 1 - E mewakili Employee.
Ia merujuk kepada orang yang bekerja dengan orang lain, atau selalu kita sebut dengan bekerja makan gaji. Orang yang menjana kekayaan melalui lorong ini biasanya mendapat wang gaji tetap setiap bulan.
E adalah pekerjaan yang dilakukan banyak orang pada saat ini. E hanya akan mendapat wang apabila ia melakukan kerja, apabila ia tidak bekerja, maka tiada wang yang masuk ke dalam poketnya.
# 2 - S mewakili Self-employed.
Ia merujuk orang yang bekerja sendiri bagi mendapatkan sumber pendapatan. Sumber pendapatannya adalah berdasarkan hasil usahanya menjalankan perniagaan sendiri.
Seandainya S tidak bekerja, maka wang akan berhenti mengalir masuk ke dalam poket beliau. Aliran pendapatan bagi S adalah sama seperti mereka yang berada di kuadran E.

# 3 - B mewakili Business Owner.
Ia merujuk kepada pemilik bisnes. Beza di antara S dan B adalah, bisnes milik B akan tetap beroperasi tanpa kehadirannya, kerana ia beroperasi dengan sistem yang tersusun.
B tidak bekerja, sebaliknya orang bawahannya yang bekerja terdiri daripada E dan S. B boleh meninggalkan bisnesnya dalam tempoh lama dan ia masih beroperasi seperti biasa,
# 4 - I mewakili Investor.
Ia merujuk kepada pelabur. Misalnya, orang yang menjalankan pelaburan, sama ada pelaburan hartanah, saham ataupun melabur dalam syarikat dan perniagaan miliki orang lain.
I tidak perlu bekerja untuk mendapatkan wang. Sebaliknya, wang yang bekerja keras dan mengalirkan lebih banyak wang masuk ke dalam poket orang yang beropesi di kuadran I.
Setiap Lorong Ada Potensi Jana Kekayaan.
Dalam buku Rich Dad’s Cashflow Quadrant Guide to Financial Freedom dijelaskan bahawa kesemua kuadran di atas sama ada E, S, B ataupun I mempunyai potensi untuk menjadi kaya. Tetapi B dan I mempunyai sedikit kelebihan. Orang yang bekerja dalam kuadran E dan S menjana pendapatan aktif, sedang B dan I pula menjana pendapatan pasif.
Sekiranya anda mahu menjana kekayaan dengan usaha yang kurang, maka anda perlulah belajar dan menceburi bidang kuadran B dan I. Namun, harus diingatkan untuk beroperasi daripada kuadran B dan I ia memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh di awal jalan, selepas itu barulah jalan kekayaan akan terbentang.
Berusaha menceburi B dan I tanpa ilmu yang mencukupi adalah sesuatu yang amat berisiko.
Di akhir, suka saya berpesan, apa pun lorong kekayaan yang anda ingin gunakan, yang penting jalan tersebut menjana pendapatan yang halal di sisi agama. Harta dan kekayaan bukanlah tujuan mutlak, tetapi ia adalah alat untuk kita meraih kejayaan di akhirat.
HARTA MENURUT ISLAM.
Islam adalah agama yang sejahtera. Ia
menyeru kita agar bersederhana, tidak melampau dalam menolaknya, dan
tidak berlebihan dalam menggunakannya. Islam tidak pernah menolak
umatnya untuk mencari perbendaharaan dunia, selagi mana ia tidak terjebak dalam perkara haram.
Erti firman Allah dalam al-Qur'an:
"Apabila
telah selesai ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka
bumi; dan carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak kamu
beruntung." (Surah al-Jumu`ah: ayat 10)
Berkata Said bin al-Musayyab, “Tiada kebaikan pada diri seseorang yang tidak mahu mengumpulkan harta dengan cara yang halal, yang dengan harta itu dia tidak memerlukan bantuan orang lain – menyusahkan orang lain, yang dengan harta itu dapat dapat menjalinkan hubungan persaudaraan dan mengeluarkan sesuai dengan haknya.”
Sufyan berkata, “Harta pada zaman anda sekarang ini adalah merupakan senjata bagi orang-orang beriman.”
Berkata Ibnu Qudamah, “Harta itu ibarat ular yang di dalam tubuhnya ada racun dan penawar. Penawarnya bermanfaat dan sengatannya mempunyai racun. Siapa yang tahu manfaat dan sengatannya, itu memungkinkan baginya untuk mewaspadai keburukannya, namun dia juga tahu kebaikannya.”
Jadikan harta sebagai alat untuk meraih kejayaan di dunia dan akhirat.
Rujukan: Muktashar Minhaj al-Qashidin karya Ibn Qudamah al-Maqdisi.
PERMAINAN KUMPUL DUIT SYILING
Bagi sesetengah orang yang sudah biasa boros dalam berbelanja, aktiviti menyimpan wang adalah sesuatu yang menyeksakan dan perit.
Baiklah, hari ini saya kongsi dengan anda satu cara menyimpan wang agar menjadi satu permainan.
Ya, permainan. Ia dinamakan "Kumpul Duit Syiling", yang pernah dikongsikan oleh seorang Jutawan di Malaysia.
Peraturan dan Cara Bermain.
Peraturan dan Cara Bermain.
Setiap kali anda membeli, anda tidak boleh menggunakan duit syiling. Setiap pembelian yang anda lakukan mestilah dengan menggunakan duit kertas sahaja.
Contoh, untuk membeli keropok berharga RM 2.10, anda tidak boleh gunakan duit RM 2 dan syiling 10 sen. Anda perlu bayar dengan RM3.00, atau RM5.00. Asalkan duit kertas.
Baki syiling daripada pembelian anda nanti, anda tidak boleh gunakan. Sediakan satu tabung khas, dan simpan duit syiling tersebut di dalamnya.
Lakukan sehingga genap sebulan. Ketika itu pasti banyak syiling berada dalam tabung anda. Kira semua duit syiling tersebut. Tukarkan semua syiling kepada duit kertas, kemudian masukkan ke dalam akaun bank anda.
Mudah, bukan?
KEPENTINGAN ILMU KEWANGAN
Sesiapa mahukan dunia, hendaklah dengan ilmu. Sesiapa mahukan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa mahukan kedua-duanya dengan ilmu.
Untuk berjaya dalam kewangan, dan mencapai kekayaan perlu ada ilmu kewangan yang betul. Tanpa ilmu, kebanyakan usaha yang kita lakukan hanya akan menjadi sia-sia.
Untuk berjaya, perlu ada ilmu yang betul, dan usaha yang betul.
BUAT DUIT DAN URUS DUIT UMPAMA SAYAP KIRI DAN KANAN
Ramai orang masih hidup susah dalam kewangan, kerana mereka terlalu fokus kepada buat duit, tetapi lupa cara urus duit.
Buat duit dengan bekerja makan gaji atau buat bisnes, tidak akan membuat kita kaya dan capai tahap kewangan stabil, selagi kita tidak belajar cara mengurus wang gaji atau pendapatan yang kita perolehi.
Buat duit dan urus duit perlu seiringan. Kedua-duanya umpama sayap kiri dan sayap kanan, baru boleh terbang menuju matlamat kestabilan kewangan.
Buat duit dan urus duit perlu seiringan. Kedua-duanya umpama sayap kiri dan sayap kanan, baru boleh terbang menuju matlamat kestabilan kewangan.
BAGAIMANA CARA MENYIMPAN YANG EFEKTIF?
Setiap kali anda dapat wang gaji, sebelum mengatur perbelanjaan. Asingkan terlebih dahulu wang yang anda mahu simpan. Sebaiknya, anda mempunyai dua atau lebih akaun bank.
Satu akaun anda gunakan untuk wang perbelanjaan, dan satu lagi untuk akaun simpanan. Daripada wang yang anda simpan setiap bulan, anda boleh mengukur sejauh mana tahap kewangan anda. Adakah baik atau sebaliknya.
Petanda status kewangan anda sihat, anda berbelanja tidak lebih daripada 70 % wang gaji anda setiap bulan.
SIKAP DALAM MENGURUS HARTA
Pertama, orang yang kedekut. Terlalu sayang kepada harta, dan tidak suka membelanjakannya. Hanya mementingkan diri sendiri dan tidak suka bersedekah. Yang difikirkan hanya kesenangan diri sahaja.
Kedua, orang yang boros. Keterlaluan dalam membelanjakan harta, terutama dalam perkara yang sia-sia dan tidak memberikan manfaat kepada urusan dunia dan akhirat. Tiada perancangan kewangan dalam menghadapi kehidupan.
Ketiga, orang yang sederhana. Tidak terlalu cinta kepada harta, dan tidak juga boros menguruskannya. Mengambil apa yang berfaedah daripada harta, dan kemudian tidak lupa untuk menunaikan hak harta; zakat dan sedekah. Dia menggunakan harta untuk kebaikan dunia dan akhirat.
MATLAMAT KEWANGAN
Sekiranya anda ingin berjaya dalam soal kewangan, antara langkah yang anda mesti ambil adalah menetapkan matlamat kewangan.
- Kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang.
- Fakir.
- Miskin.
- Sederhana.
- Kaya.
- Jutawan.
- Billionair.
- Bebas kewangan.
Ini paling penting. Apabila anda ada matlamat atau sasaran, baru anda bincang untuk tahu apa 'kenderaan' atau usaha yang boleh bawa anda untuk mencapai matlamat tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)