Klik LIKE untuk dapatkan kemas kini melalui Facebook anda.

Menyalurkan informasi untuk orang makan gaji dan orang bisnes untuk lebih berjaya dalam kerjaya, kewangan dan bisnes dengan cara patuh syariah.
Memaparkan catatan dengan label Pemasaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemasaran. Papar semua catatan

TEKNIK AMAZON GANDAKAN JUALAN.



Apabila kita lihat atau beli buku di Amazon, kita akan melihat paparan ini. Memberi cadangan produk lain. Saya ingin beli buku A, ketika saya masih dalam Amazon, mereka akan paparkan “Frequently Bought Together”. Selain buku A, orang juga akan beli buku B dan C dalam masa yang sama.

Di bahagian bawah, mereka akan letak “Customer Who Bought This Item Also Bought” yang jelaskan pelanggan yang beli buku A, biasanya mereka akan membeli buku B, C, D, E dan seterusnya yang berkaitan. Daripada situ, ia menarik pelawat yang asalnya hendak beli buku A agar membeli buku B dan C juga.

Bagi memudahkan pelawat memilih buku, Amazon akan paparkan ulasan dan perincian buku. Walau pelawat tidak pernah tahu tentang buku B dan C, membaca ulasan atau review daripada mereka yang telah membaca buku tersebut, sememangnya adalah amat membantu.

Saya pernah beli buku di kedai Online tempatan, apa yang saya lihat mereka kurang buat teknik sebegini. Malah, tiada sebarang paparan ulasan daripada kalangan pembaca buku yang mahu saya beli.

(Sumber gambar: amazon)





10 KELEBIHAN BLOG BERBANDING FACEBOOK.

Blog sudah wujud lama sebelum Facebook.

Blog juga merupakan satu medium pemasaran yang amat berguna.

Di bawah ini adalah infografik tentang 10 kelebihan Blog berbanding Facebook.


http://wordviewediting.com/10-reasons-business-blogging-is-better-than-facebook-infographic/


Penggunaan Facebook tanpa Blog adalah satu kekurangan dalam pemasaran internet.

Dengan Facebook dan Blog secara bersama-sama adalah satu kelebihan.

Dengan menggandingkan Facebook dan Blog ia akan mewujudkan peluang yang lebih besar.






(Sumber gambar: wordviewediting)



4 KESILAPAN USAHAWAN ONLINE.

Satu perkara yang merunsingkan dan malang sebagai usahawan adalah apabila tiada orang beli produk kita. Banyak produk yang tersadai, modal hangus dan sebagainya. Demikian juga jualan yang kurang. Setiap daripada kita yang bergelar usahawan pasti mengimpikan jualan masuk setiap hari dan akaun kita menerima kemasukan wang bertubi-tubi. Alangkah indah saat itu, bukan?


Berikut adalah 4 perkara yang dikenal pasti sebagai sebab mengapa tiada orang membeli daripada kita atau mengapa jualan kita rendah.

     # 1 - Bisnes Syok Sendiri.

Apabila memulakan bisnes tidak sedikit daripada kita yang bertanya, “Apakah produk yang boleh dijual?”. Kita memulakan bisnes dengan memikirkan produk terlebih dahulu, tanpa mengambil kira apa yang pengguna mahu. Kita syok sendiri buat bisnes, rasa-rasa permintaan tinggi. Bila sudah laburkan modal, mula operasi, baru kita sedar rupanya produk yang kita jual tiada permintaan di internet.

Tidak kurang juga yang berfikir untuk memulakan bisnes yang berkaitan dengan perkara yang disukai dan menjadi hobi semata-mata.

Untuk memulakan bisnes, mulakan daripada pengguna. Lihat pasaran. Apakah produk atau servis yang ada permintaan. Lebih baik jika kita dapat cari bisnes yang ada permintaan pasaran dan ia bersesuai dengan minat kita.

     # 2 - Tersilap Target Pengguna.

Kita mempunyai produk yang bagus, tetapi tersilap target pengguna. Produk atau servis tidak sesuai dengan golongan yang kita sasarkan. Kerap berlaku kepada usahawan di Facebook, mereka ‘add’ orang yang tidak mempunyai potensi untuk menjadi pelanggan.

Misalnya, mereka mahu menjual produk untuk wanita, tetapi setiap hari yang di’add’ menjadi rakan Facebook adalah daripada kalangan lelaki. Akhirnya, promosi banyak, namun tiada jualan yang masuk.

     # 3 - Ayat Iklan ‘Lembik’.

Kemahiran copywriting yang lemah dan ayat iklan yang kurang padan. Misalnya ayat iklan menjelaskan tentang produk dengan cara yang sukar difahami oleh prospek. Tiada menjelaskan tentang manfaat-manfaat yang dimahukan oleh prospek.

Gunakan perkataan yang sesuai dan ‘familiar’ dengan prospek, ini membuatkan mereka lebih tertarik dengan ayat iklan kita. Setiap perkatan mempunyai ‘kuasa’ yang tersendiri. Pemilihan kata yang betul, mampu membuatkan akaun bank kita diserang wang secara bertubi-tubi.

Ini boleh bantu anda untuk bina ayat jualan yang 'power' ---> http://tinyurl.com/ayatjualanpower

     # 4 - Proses Membeli Susah.

Prospek mahukan perkara yang mudah. Apabila cara-cara untuk mendapatkan sebuah produk adalah susah, maka ia hati prospek tertutup untuk mendapatkan produk kita. Justeru, susun cara mendapatkan produk kita dengan mudah. Sekurang-kurang 2 atau 3 langkah sahaja. Pantas dan mudah, itu sifat yang perlu dimiliki jika mahu berjaya. Soal harga, ia perkara nombor dua.

Jika anda ingin buat duit di Facebook, sila klik sini ---> http://tinyurl.com/mesinduitfb02



Semoga bermanfaat buat anda.


(Sumber gambar: wikihow)

RAHSIA PAKAR PEMASAR INTERNET (3) : PEMASARAN EMEL.



Dalam artikel lepas saya telah kongsikan dengan anda 2 perkara yang merupakan ciri-ciri majoriti pakar pemasar internet, iaitu mempunyai produk sendiri dan kerjasama rangkaian atau ‘networking’.

Di sini saya berkongsi dengan anda ciri ketiga pakar pemasar internet sehingga mereka berjaya menjana 5-6 angka hanya melalui internet. Daripada tajuk artikel ini, anda sudah tahu bahawa ciri yang akan saya kongsi dengan anda adalah berkenaan emel.

Cuba semak nama-nama pakar pemasar internet yang saya nyatakan dalam artikel sebelum ini, pasti kita akan melihat semuanya menggunakan emel sebagai ‘senjata’ jualan dan pemasaran mereka.

Tidak sahaja menjadi alat perhubungan antara satu sama lain secara maya, emel juga adalah satu alat atau medium pemasaran yang telah digunakan sekian lama. Ia telah wujud sebelum ‘meletupnya’ dunia media sosial seperti Facebook, Friendster dan Myspace.

Malah ada pendapat yang menyatakan bahawa pemasaran emel adalah lebih ampuh dan berkesan daripada teknik pemasaran media sosial seperti Facebook. Ini kerana, apabila seseorang mengirim emel menggunakan aplikasi autoresponder (Aweber, Getrespones, Emelmatik dan lainnya), emel dikirim pasti akan sampai kepada emel yang berada dalam rekod senarainya.



Di sisi lain, orang yang mempunyai emel adalah lebih ramai daripada mempunyai Facebook. Orang yang mempunyai Facebook semestinya akan mempunyai emel, tetapi orang yang mempunyai emel tidak semestinya mempunyai Facebook.

Antara strategi yang biasa digunakan oleh pakar pemasaran adalah memberikan produk percuma kepada prospek atau pengguna sasaran dengan meminta mereka mengisi borang langganan atau opt-in terlebih dahulu.

Dengan emel prospek yang ada dalam rekod mereka, ia akan membolehkan mereka untuk menghubungi prospek semula di kemudian hari, membina hubungan baik, kredibiliti dan mempromosi produk mereka kepada prospek pada bila-bila masa yang mereka kehendaki.

Sekiranya anda berminat mempelajari pemasaran emel dengan lebih lanjut saya cadangkan agar anda pergi ke RahsiaEmel.Com, (klik) di sana anda akan mendapat informasi lanjut dan mendalam mengenai strategi pemasaran emel.

Semoga bermanfaat.





(Sumber gambar: socialbrite, infographicb2b)




SPAM, TEKNIK PEMASARAN MENJENGKELKAN.




Spam bermaksud mesej yang tidak dikehendaki oleh penerima. Ia adalah mesej iklan menjengkelkan yang dihantar secara rawak dan berkali-kali kepada pengguna tanpa keizinan mereka. Biasanya spam ini dibuat melalui emel, SMS, blog dan juga catatan di Facebook.

Ia adalah satu aktiviti yang boleh dikategorikan sebagai ‘jenayah’ dan kesalahan. Terdapat beberapa negara yang menetapkan akta dan undang-undang berkenaan ‘jenayah’ spam ini.

Berdasarkan pemerhatian singkat di Facebook, tempat biasa saya menjalankan bisnes, aktiviti spam ini kelihatan berleluasa. Setiap minggu, pasti ada sahaja mesej iklan yang tidak dikehendaki dan tanpa kebenaran cuba dikongsi ke dalam Group Facebook saya.

Menurut Seth Godin, pengarang buku Permission Marketing, aktiviti spam sebagai satu cara pemasaran adalah satu usaha yang amat buruk. Ia mencuri masa pengguna dengan membuka emel spam, membacanya, memadamnya, sedangkan pengguna tidak pernah memintanya.

Tidak sedikit daripada usahawan baru yang terjebak dalam perkara ini di internet. Ada yang tidak menyedari bahawa mereka melakukan spam dan ada juga yang berpandangan ia perkara biasa-biasa sahaja.

Perbuatan spamming berpotensi menjatuhkan kredibiliti seorang usahawan dan menjauhkan pengguna daripada mereka, ini kerana ia adalah satu aktiviti pemasaran yang mengundang rasa tidak senang hati. Terutama di Facebook. Ketika orang lain sedang berbincang sesuatu perkara, dengan tiba-tiba ada orang lain mencela dan berkongsi produknya.

Akibat aktiviti spamming tidak sedikit yang diblock di laman sosial Facebook, dan di’unfriend’ dengan serta merta. Ada juga yang dimaki hamun. Hentikan spam, ia tidak akan memberikan manfaat kepada kita sebagai seorang usahawan.





MENGATASI SIKAP MALU MENJUAL.


Satu masalah yang dihadapi oleh seseorang yang baru melangkahkan kaki ke dalam dunia bisnes dan usahawan adalah malu untuk menjual. Rasa segan dan takut menghantui diri dan pelbagai bayangan memalukan bermain dalam fikiran.

Perkara ini lantas mempengaruhi kemajuan sesebuah bisnes. Ini kerana, menjual adalah punca keuntungan sesebuah bisnes. Tiada jualan bererti tiada keuntungan yang bakal dinikmati oleh sesebuah bisnes.

Biasanya sikap malu menjual dalam bisnes adalah disebabkan sudut pandang kita yang negatif terhadap aktiviti menjual itu sendiri. Justeru, untuk menghilangkan sikap malu menjual, hendaklah dimulakan dengan cara kita berfikir terhadap aktiviti menjual. Lihat menjual itu daripada sudut yang positif dan sebagai satu aktiviti keperluan dalam kehidupan kita seharian.

Berikut adalah tip untuk mengikis sifat malu menjual dalam bisnes.
  1. Apabila menjual niatkan tujuan kita adalah untuk membantu dan menolong orang lain. Menggembirakan orang lain dengan membantu mereka mendapatkan sesuatu yang bermanfaat buat mereka.
  2. Fahami bahawa sebab pelanggan menolak dan tidak menginginkan produk kita adalah disebabkan pelanggan tidak memerlukan produk kita dan bukannya sebab mereka tidak suka kepada kita.
  3. Bayangkan perkara yang baik-baik dalam minda kita apabila mahu menjual produk dan servis kita kepada orang lain.
  4. Layan dan anggap pelanggan seperti sahabat kita yang istimewa.
  5. Ucapkan ungkapan-ungkapan yang positif kepada diri.
  6. Buat latihan menjual bersama rakan-rakan kita yang menjual.
  7. Tambah informasi dan ilmu tentang kemahiran menjual yang betul, kemudian buat latihan berkali-kali.
  8. Cari seorang jurujual yang hebat, kemudian tiru.
  9. Bayangkan diri kita sebagai seorang penjual yang hebat dan tidak malu.
Tanpa menjual bukan sahaja usahawan dan peniaga tidak akan dapat menjana keuntungan, malah, pengguna dan pelanggan juga akan sukar untuk mendapatkan produk dan servis yang mereka mahukan.

Renungan terakhir sebelum mengakhiri artikel ringkas ini. Cuba bayangkan, bagaimanakah keadaan anda apabila masuk ke dalam kedai, tetapi penjual dalam kedai tersebut malu-malu dengan anda? Bagaimanakah perasaan anda apabila ada penjual datang menghampiri anda dalam keadaan yang jelas malu-malu?

Saya percaya anda akan terasa suatu perasaan yang tidak kena pada diri anda atau pada diri si penjual. Mungkin juga akan terasa lucu. Lantaran itu, saya berusahalah sebaik mungkin mengikis sifat malu ketika menjual dalam menjalankan bisnes anda, agar anda tidak kelihatan 'tidak kena' ketika menjual.

Selamat berjaya!

3 PUNCA KEGAGALAN PEMASARAN.



Pemasaran adalah satu bahagian yang amat penting dalam bisnes. Ia adalah usaha memahami kehendak pengguna, kemudian memenuhinya dan menjana keuntungan. Tanpa pemasaran, sesebuah bisnes tidak akan berjaya menjana keuntungan.

Kekuatan pemasaran sesebuah bisnes antara penentu adakah sesebuah bisnes akan terus hidup atau akan gulung tikar.

Terdapat 3 perkara yang menyebabkan berlakunya kegagalan pemasaran:

     # 1 - Tiada Ilmu Pemasaran Yang Betul.

Melakukan pemasaran secara ikut suka dan tanpa ilmu yang betul membuatkan pemasaran gagal. Tiada hasil yang diperolehi dikemudian hari. Kita menyangka bahawa apa yang kita lakukan adalah betul, namun rupa-rupanya kita tersilap langkah.

     # 2 - Tiada Perancangan Pemasaran.

Gagal merancang, bererti merancang untuk gagal. Mudah difahami bukan? Justeru, buat perancangan dalam pemasaran. Bagaimana ia dilakukan, berapa tempoh tertentu untuk dijadikan ukuran, apakah alat pemasaran yang digunakan dan sebagainya.

     # 3 - Tidak Konsisten Dalam Pemasaran.

Tidak salah ingin mencuba pelbagai strategi pemasaran, tetapi pastikan kita dapat fokus dan memberikan usaha yang sesuai terhadap strategi yang digunakan. Jangan lepas 5 hari cuba pemasaran A, guna pula pemasaran B, kemudian lepas 10 hari pemasaran B, guna pula pemasaran C.
 

Untuk berjaya dalam pemasaran, kita mestilah mempunyai ilmu yang betul, perancangan yang jelas dan konsisten dalam tindakan. Sekiranya anda tidak mempunyai strategi pemasaran yang jelas sehingga kini, dua strategi pemasaran yang saya cadangkan buat anda adalah Content Marketing dan Permission Marketing.


(Sumber gambar: business2community, smpsarizona)




11 STRATEGI PEMASARAN KFC.


Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) menjadi salah satu restoran yang menjana keuntungan besar pada setiap tahun di dunia. Antara yang pastinya menyumbang kepada keuntungan tersebut adalah strategi pemasaran KFC yang berkesan.


Berikut adalah antara strategi yang digunakan oleh mereka:
  1. Produk Baru – Pada setiap tahun KFC akan mengeluarkan dan memperkenalkan produk atau resepi baru, sambil mengekalkan resepi Original. Pengeluaran ini hanya dilakukan dalam waktu yang terhad sahaja.
  2. Mengikut Musim – Biasanya resepi baru itu akan mula dijual pada musim tertentu, seperti sempena musim perayaan. Perhatian iklan KFC yang ditayangkan di TV berubah mengikut perayaan. Pernah juga mengikut trend. Ketika muzik K-Pop dan Korea mendapat sambutan hangat, KFC Spicy Korean Crunch telah diperkenalkan.
  3. Waktu Makan – Pada jam 12.00 - 3.00 petang dan 6.00 – 9.00 malam adalah waktu biasa bagi orang ramai makan tengahari dan makan malam, maka menu khas diperkenalkan pada waktu tersebut dengan harga murah, bagi menarik lebih ramai pelanggan.
  4. Pemberian Kupon – Pemberian kupon diskaun kepada orang ramai, sama ada diberikan secara terbuka di tempat awam atau juga melalui pembelian barang lain. Misalnya membeli minyak di stesen minyak, kita akan dapat kupon diskaun KFC. Begitu juga dengan pembelian kupon isi semula kredit, Hot Ticket daripada Maxis.
  5. Waktu Operasi – Pada waktu cuti, sabtu & ahad, Restoran KFC akan beroperasi lebih awal daripada waktu bekerja, isnin hingga jumaat. Waktu operasi restoran dipanjangkan pada waktu yang tertentu.
  6. Pandu Lalu – Pembukaan KFC Pandu Lalu atau Drive Thru di kawasan dan lalu yang menjadi penghubung utama daripada satu tempat ke tempat lain. Dengan penyediaan ruang ini, ia akan memudahkan pelanggan dan mereka tidak perlu keluar daripada kereta untuk membeli di Restoran KFC lagi.
  7. Keseragaman – Restoran KFC mengamalkan prinsip keseragaman bagi pekerja KFC. Mereka memakai uniform yang seragam, bersesuai dengan imej mereka. Selain itu, penjaga kaunter bayaran juga menggunakan ungkapan dan ayat yang seragam.
  8. Pelanggan Yang Menunggu – Pelanggan yang menunggu makanan yang belum siap dimasak untuk dibawa pulang, akan diberi minuman percuma. Ini membuatkan pelanggan berasa dihargai dan tidak menunggu begitu lama.
  9. Tiada Televisyen –  Tiada Restoran KFC yang menyediakan televisyen yang menyiarkan wayang. Justeru, pelanggan tidak akan menunggu terlalu lama di restoran tersebut dan memberikan peluang kepada pelanggan lain untuk mendapatkan ruang di dalam premis.
  10. Wifi Percuma – Mengetahui penggunaan telefon pintar yang mempunyai wifi bakal menjadi semakin meluas, semenjak dahulu KFC telah menyediakan wifi percuma dalam premis perniagaan mereka.
  11. Mesra Kanak-kanak – KFC tidak hanya mensasarkan orang dewasa. Ia juga mensasarkan kanak-kanak sebagai pelanggan mereka. Justeru, pada waktu tertentu KFC akan memberikan mainan percuma apabila pelanggan memberi menu yang tertentu. Mainan yang disediakan pula adalah bersesuaian dengan trend semasa. Selain itu, KFC Chicky Club diperkenalkan bagi mendekati golongan kanak-kanak.

Demikian beberapa strategi yang digunakan oleh Restoran KFC untuk meningkatkan jualan dan keuntungan mereka pada setiap tahun. Terdapat banyak lagi langkah pemasaran yang dilakukan oleh KFC, namun hanya 11 sahaja yang saya senaraikan.

Sekiranya anda menjalankan bisnes restoran, anda boleh mengubah suai strategi pemasaran di atas, agar bersesuaian untuk meningkatkan jualan dan keuntungan bisnes restoran anda.


(Sumber gambar: skar, zeebric, kfc)

JAWAB 4 SOALAN PROSPEK DAN MEREKA AKAN MEMBELI.

Apa itu Prospek?

Prospek adalah merujuk kepada seseorang yang mempunyai kemahuan, kriteria dan potensi untuk membeli daripada seorang peniaga atau penjual. Prospek mempunyai kuasa membeli dan kuasa untuk membuat keputusan untuk melakukan pembelian atau tidak.

Soalan Dalam Minda Prospek.

Satu perkara yang kita suka sebagai seorang peniaga atau usahawan adalah waktu prospek membeli dan mendapatkan servis kita. Walau bagaimanapun, realitinya tidak semua prospek yang berurusan dengan kita mendapatkan servis dan produk kita.



Proses pembelian berlaku dengan emosi. Apabila prospek masuk ke premis perniagaan kita atau melihat produk kita, terdapat 4 soalan umum yang berlegar dalam minda mereka. Jawapan kepada 4 soalan tersebut memberikan kesan akhir kepada prospek, apakah mereka membeli daripada kita atau tidak.

Di bawah saya senaraikan 4 soalan umum tersebut dan langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk menjawab soalan dalam minda prospek dan buat mereka lebih teruja mendapatkan produk dan servis kita.

      Soalan # 1 – “Apa manfaat yang saya perolehi?”

    • Beri sample untuk prospek cuba produk kita.
    • Paparkan testimoni pelanggan terdahulu.
    • Tunjukkan demonstrasi cara menggunakan produk kita.
    • Sekiranya produk kita terdapat kekurangan, jangan cuba sembunyikan.
    • Buat prospek faham tentang manfaat produk kita.
    • Bungkus produk kita dalam bentuk yang menarik dan sesuai.
    • Jika kita buka premis, pastikan ia kemas dan disenangi.

      Soalan # 2 – “Adakah dia ini boleh dipercayai?”

    • Tunjukkan autoriti kita sebagai seorang peniaga.
    • Paparkan butiran diri kita agar prospek anda dapat mengenali anda.
    • Nyatakan dengan jelas cara-cara untuk menghubungi kita.
    • Muliakan prospek dengan bahasa sopan dan bina hubungan baik.
    • Jangan berikan harapan yang terlalu melambung tinggi.
    • Beri informasi untuk prospek buat keputusan. Jangan mendesak dan buat keputusan bagi pihak mereka.
    • Buat laman web yang menempatkan produk kita menjadi mesra pelanggan dan bersifat profesional.

      Soalan # 3 – “Adakah harga produk atau servis ini berbaloi?”

    • Gunakan strategi harga yang betul.
    • Sediakan skim bayaran secara ansuran.
    • Beri diskaun kepada prospek.
    • Beri rebate kepada prospek yang membeli daripada anda.
    • Sediakan servis dan bantuan sokongan selama beberapa waktu.
    • Jaminan pulangan semula wang, jika tidak memuaskan.
    • Berikan waranti bagi produk.
    • Perkhidmatan penghantaran percuma.
    • Kad keahlian.
    • Tekankan kepada prospek bahawa manfaat yang diperolehi adalah lebih besar berbanding harga yang ditawarkan.

      Soalan # 4 – “Adakah ini waktu sesuai untuk membeli?”

    • Buat tawaran atau promosi pada waktu prospek berduit atau kuasa membeli mereka tinggi.
    • Nyatakan produk dan servis yang dijalankan adalah terhad – harus jujur.
    • Buat temu janji dengan prospek terlebih dahulu.
    • Dapatkan butiran prospek untuk ‘follow up’ mereka pada masa yang sesuai.


Tanpa Perancangan, Kita Merancang Untuk Gagal dalam Menjual.

Untuk jadi peniaga atau usahawan yang hebat kita mestilah yang mampu membaca soalan-soalan yang berlegar dalam minda prospek dan menjawabnya dengan betul dalam proses menjual. Menjual adalah proses yang perlu dibuat dilakukan dengan terancang dan bukannya secara rasa-rasa dan lakukan apa yang ada depan mata.


Walau bagaimanapun, sekiranya selepas berusaha menjawab semua soalan di atas prospek masih tidak membeli, kita perlu redha dan bersabar menerima. Tidak ada penjual yang tidak pernah ditolak oleh prospek. Bisik pada diri, mungkin bukan rezeki kita sambil berusaha memperbaiki kemahiran menjual kita pada masa akan datang.

Fokus Untuk Membantu.

Apabila kita menjual, fokus kepada untuk membantu prospek. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, menjual bukanlah memanipulasi prospek atau pelanggan, tetapi ia adalah proses memenuhi kehendak dan kemahuan mereka. Berusaha wujudkan situasi menang-menang (win-win situation) antara kita dan prospek kita, insya’ Allah, prospek yang membeli produk dan servis kita akan bertambah.


(Sumber gambar: under30ceo, realisticmentoring)                 


17 TIP PEMASARAN DI FACEBOOK (INFOGRAFIK).


Pemasaran Facebook adalah salah satu daripada strategi pemasaran yang popular bagi usahawan internet untuk memasarkan bisnes mereka pada hari ini. Ini kerana, Facebook adalah tempat berhimpunnya ramai orang daripada pelbagai peringkat usia.
Facebook sebagai sebuah 'pasar online' bukan lagi perkara asing bagi kita. 

Setiap hari ramai pengguna melayari Facebook dan melakukan jual beli dengan peniaga-peniaga yang menjual produk dan servis mereka, sama ada melalui Fan Page, Facebook Group atau akaun peribadi Facebook mereka.

Ada usahawan internet yang berjaya menjana pendapatan sehingga 5 angka dalam masa sebulan, hanya daripada Facebook dan ada juga yang menjana keuntungan suam-suam kuku. Jika betul cara yang digunakan, Facebook boleh menjadi 'mesin buat duit' yang lumayan buat kita.

Di bawah ini adalah infografik yang memaparkan 17 tip untuk melakukan pemasaran di laman sosial Facebook dengan berjaya.



( Sumber gambar: business2community )



6 SOALAN MEMBINA STRATEGI CONTENT MARKETING.



Dalam artikel ‘Content Marketing, Bina Kredibiliti dengan Informasi’ yang lepas telah dijelaskan definisi Content Marketing dan bagaimana ia berfungsi. Pada kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda secara ringkas langkah-langkah untuk menghasilkan strategi Content Marketing dengan mudah seterusnya menghasilkan content yang:

              •    Berkualiti.
              •    Disukai prospek.
              •    Membina kredibiliti.
              •    Meningkatkan kepercayaan prospek.

Untuk menerangkan langkah penggunaan Content Marketing dalam sesebuah bisnes sebenarnya memerlukan penulisan yang panjang. Tetapi, di sini saya mudahkan buat anda dengan mencatatkan beberapa poin dan langkah berbentuk soalan.

     # 1 – Apakah bidang bisnes anda?

Dengan memahami bidang bisnes anda, ia menjadi kunci utama untuk anda tahu apakah content yang bakal dihasilkan nanti.

Jika bisnes anda adalah menyediakan produk makanan, maka nanti anda boleh hasilkan content yang berkaitan dengan makanan.

Jika bisnes anda menjual produk kesihatan dan kecantikan, anda boleh menghasilkan content berupa tip-tip kecantikan yang ringkas sebagai penarik prospek mendekati anda.

     # 2 – Apakah pelanggan anda mahu dan perlu?

Dengan mengetahui apa yang pelanggan anda mahu, anda akan dapat menghasilkan content yang berkesan untuk menarik hati pelanggan anda. Content yang berkualiti adalah content yang diminati oleh pelanggan dan mempunyai kaitan dengan bisnes anda.


Contoh dalam pemasaran produk Maggi, syarikat Nestle mencipta dan mengongsikan secara percuma resepi-resepi masakan yang mudah dengan menggunakan produk manggi. Ia disampaikan kepada pengguna sasaran mereka melalui TV dan juga internet. Tujuannya agar pengguna mencuba resepi tersebut, dan mendapatkan produk Maggi.

     # 3 – Apakah objektif content yang anda ingin buat?

Apakah objektif atau matlamat anda menghasilkan content? Meningkatkan kredibiliti dan jenama, mendidik dan beri gambaran awal dalam minda pelanggan tentang produk dan servis anda, menghiburkan pelanggan atau prospek agar mereka tertarik kepada anda, dan meningkatkan interaksi pelanggan anda dengan servis dan produk anda?


Anda perlu jelas perkara ini, agar content yang anda bakal hasilkan nanti lebih terarah. Dengan matlamat dan objektif anda dapat mengukur, sejauh mana usaha yang anda lakukan, adakah ia tercapai atau sebaliknya.

     # 4 – Apakah saluran yang anda gunakan untuk menyebarkan content anda?

Terdapat pelbagai medium yang anda boleh gunakan untuk menyebarkan content anda. Secara umumnya ia terbahagi kepada dua, iaitu online dan offline. Jika anda menyebarkan secara online anda boleh menggunakan laman sosial, blog dan emel.

     # 5 – Apakah format atau bentuk content yang anda gunakan untuk penyebaran?

Berdasarkan pemahaman anda terhadap pelanggan anda, apakah format atau bentuk content yang anda gunakan? Webinar, video, artikel blog, infografik, ebook percuma, seminar percuma, buku, poster dan banyak lagi?


Apakah jenis kandungan content yang anda sajikan? Panduan, penyelesaian masalah, laporan dan kajian kes, berita penemuan baru berkaitan perkara diminati pelanggan dan bisnes anda?

     # 6 – Apakah usaha yang paling berkesan untuk bisnes anda?

Pemasaran adalah aktiviti yang berterusan dalam sesebuah bisnes. Anda perlu tahu apakah jenis content, medium atau saluran dan bentuk yang disukai oleh pelanggan anda dan berjaya membawa pulangan kebaikan kepada bisnes anda.

Dapatkan maklum balas pelanggan anda tentang content yang disajikan, atau perhatian bagaimana reaksi mereka terhadap conteng marketing yang anda lancarkan.


Buat rekod prestasi bisnes anda daripada masa ke semasa agar anda dapat memantau dan menilai usaha yang anda telah lakukan.

Pemasaran adalah antara aktiviti penting untuk membentuk bisnes yang berjaya. Penggunaan strategi pemasaran mempengaruhi jualan sesebuah bisnes, sama ada rendah atau pun tinggi. Disebabkan itu, Puan Ainon Mohd, pernah berkongsi tip bisnes melalui Facebook beliau, jika jualan kurang, tingkatkan pemasaran.

Memfokuskan usaha anda kepada jualan semata-mata, hanya memberi keuntungan jangka pendek buat bisnes anda. Tetapi, jika anda memberi fokus kepada pemasaran ia akan menjana keuntungan jangka panjang buat bisnes anda.


( Sumber gambar: business2community, toprankblog, pardot , readytalk, maggi )



BAGAIMANA MEMAHAMI PENGGUNA DAN JANA KEUNTUNGAN?



Memahami Pengguna, Kekuatan Bisnes.

Tiada bisnes yang boleh berjaya tanpa berusaha memahami apa yang sebenarnya dimahukan oleh pengguna. Menurut Nassrul Hakim Md. Jamil, pengarang buku 9 Naga Pemasaran, memahami pengguna adalah salah satu daripada kekuatan bagi sesebuah bisnes dalam pemasaran.

Menjual produk dan servis tanpa mengetahui, apakah pengguna menghendakinya atau tidak adalah satu perbuatan yang amat berisiko dan antara 'potensi' untuk sesebuah bisnes bakal gulung tikar, sebaik sahaja ia mula beroperasi pada hari pertama.

Sesiapa yang dapat memahami, meramal dan menerobos apa yang berada dalam minda pengguna, maka dia akan berpeluang untuk menjana pendapatan lumayan. Tidak sedikit daripada usahawan yang baru melakukan kesilapan ini, termasuk saya sendiri pernah terjatuh dalam kesilapan ini.

Siapa Pengguna Sasaran Anda?

Sebelum memahami apa yang berada dalam minda pengguna sasaran anda, terlebih dahulu anda perlu mengenali demografik pengguna yang menjadi sasaran anda. Tetapkan dan kenali pasaran anda; umur, tempat tinggal, status, di mana mereka biasa berkumpul dan beberapa perkara asas yang membuatkan anda mampu mencapai mereka.

“Kenali pelanggan, kuasai perniagaan!”

Demikian perkongsian Aqif Azizan, Co-Founder, Write to Wealth, juga seorang Copywriter muda yang berpengaruh, melalui status Facebook beliau baru-baru ini.

Menurut pengarang ebook Rahsia Mudah RM1000 dengan Menulis ini lagi, mengenali siapa pelanggan yang disasarkan adalah amat penting. Soalan untuk mengenali siapa pelanggan sesebuah bisnes adalah ‘soalan harta karun’ yang amat penting dijawab sebelum memulakan sesebuah bisnes.

Beliau menyatakan juga, tanpa mengenali pelanggan, risiko untuk leburnya wang tanpa mendapat pulangan keuntungan adalah amat tinggi.

Bagaimana Memahami Pengguna Untuk Jana Keuntungan?

Berikut adalah 3 perkara yang anda boleh lakukan untuk memahami pengguna yang anda sasarankan untuk menjadi pelanggan anda:

     # 1. Bertanya Secara Langsung.

Dengan mengetahui di mana pengguna anda selalu berkumpul anda boleh bertanya terus kepada mereka melalui soal-selidik atau perbualan biasa, apa yang mereka mahu dan perlu.

       a. Soal-selidik.

Bagi soal-selidik, biasanya tidak mudah untuk pengguna memberikan kerjasama untuk menjawabnya. Cara terbaik adalah dengan mewujudkan situasi menang-menang antara anda dan pengguna; sesiapa yang menjawab soalan anda, berikan sesuatu kepada mereka. 


Jika anda bertanya kepada pengguna-pengguna di FB, mungkin anda boleh tawarkan ebook percuma untuk mereka atau buat cabutan bertuah. Dengan itu, pengguna akan rasa berbaloi menjawab soalan anda.

       b. Bergaul dan Berbual.

Biasanya apabila seseorang bertemu dengan orang lain, maka mereka akan berbual tentang apa yang mereka minat, mahu dan suka. Justeru, cuba ikuti apakah perkara yang biasa dan kerap dibualkan oleh pengguna sasaran anda apabila berjumpa dengan kalangan mereka?

Selain berbual tentang minat, selalunya mereka juga akan berbual tentang perkara yang mereka tidak suka dan masalah mungkin dihadapi. Dengan mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka, anda boleh mencari jalan dan menawarkan penyelesaian. Itu adalah peluang menjana pendapatan.

Bergaul dan dekatkan diri anda dengan pengguna. Jalin hubungan baik dengan mereka.

     # 2. Perhatikan Siapa Mereka.

Cara hidup boleh menggambarkan minda dan cara berfikir seseorang. Ia boleh memberikan gambaran awal tentang apa sebenarnya yang dimahukan dan diperlukan oleh seseorang. Berpandukan demografik, cuba fahami pengguna sasaran anda.

Sekiranya anda menetapkan pengguna sasaran anda daripada kalangan pelajar IPT, dan anda merancang membuka bisnes berdekatan dengan tempat kediaman mereka, maka anda lihat apa yang selalu pelajar universiti pakai, makan dan gunakan dalam kehidupan seharian.


Mungkin anda boleh buka kedai photocopy, atau gadjet-gadjet yang mereka perlukan? Atau mungkin juga anda boleh buat bisnes sewa kenderaan untuk mereka?

Andaikan pula anda hidup di kampung dan anda perhatikan penduduk kampung selalu menghadapi masalah mendapatkan barangan keperluan disebabkan lokasi yang jauh daripada bandar. Mungkin anda boleh membuka bisnes kedai runcit yang dapat memenuhi keperluan dan kemahuan mereka.

Selain itu, anda juga boleh merujuk buku atau majalah yang biasa dibaca oleh kelompok pengguna sasaran anda. Lihat apakah iklan produk dan perkhidmatan yang terdapat dalam majalah berkenaan. Ia dapat memberi isyarat awal, produk dan servis bagaimana sebenarnya yang mereka mahukan.

     # 3. Bayangkan dan Rasa.

Jika anda adalah pengguna yang disasarkan apakah agaknya yang anda mahu dalam hidup anda? Apakah perkara atau benda yang anda perlu, yang anda tidak suka dan masalah yang biasa anda hadapi? Gunakan kaedah empathi dan jangka perkara yang mungkin pengguna sasaran anda mahu, mengapa mereka mahukannya, dan bila mereka mahukannya.

Peniaga Bijak, Menjangka Masa Hadapan.

Peniaga yang bijak adalah peniaga yang berfikiran jauh kehadapan. Dia tidak hanya memerhati perkara yang berlaku sekarang, tetapi juga apa yang mungkin bakal terjadi pada masa akan datang.

Andaikan pada waktu ini ramai pemuda dan pemudi yang masih bujang begitu mengambil berat tentang agama. Anda boleh membuat jangkaan, mungkin dalam beberapa waktu akan datang permintaan untuk produk atau servis yang berkonsepkan Islam untuk kanak-kanak akan semakin meningkat.

Justeru, mulai sekarang anda boleh membuat perancangan awal untuk membina hubungan baik dengan mereka dan merancang bagaimana untuk anda memenuhi permintaan yang akan datang itu apabila tiba waktunya.

Memahami pengguna adalah antara kunci kejayaan bisnes. Tanpa memahami apa yang pengguna perlu dan mahu, tiada bisnes yang boleh kekal lama.

(Sumber gambar: spoutloud, thebees, wikimedia )   



CONTENT MARKETING, BINA KREDIBILITI DENGAN INFORMASI.

  (Joe Pulizzi pengasas Content Marketing Institute)

Apa itu Content Marketing?

Content Marketing adalah strategi pemasaran berpengaruh yang menarik perhatian prospek dengan menghasilkan informasi menarik yang diperlukan, dicari dan disukai oleh golongan sasaran atau prospek sesebuah bisnes. Ia adalah strategi pemasaran yang berkembang dan diamalkan oleh kebanyakan bisnes dan syarikat gergasi di seluruh dunia untuk memasarkan produk dan servis mereka. (Rujuk: contentmarketinginstitute)

Strategi Content Marketing mengamalkan kaedah pemasaran yang mendidik dan menyelesaikan masalah prospek melalui penghasilan informasi, seterusnya berpotensi besar menempat sesebuah bisnes dalam minda prospek yang disasarkan. Harus difahami, Content Marketing adalah suatu upaya memasarkan dan menjual produk atau servis secara tidak langsung kepada prospek. Ia dimulakan dengan menarik perhatian golongan sasaran seterusnya membina hubungan baik dengan mereka, dan membina kredibiliti dan autoriti sebagai pakar dalam pandangan mereka. (Rujuk: contentmarketinginstitute)

Prospek Inginkan Informasi.

Dalam dunia global hari ini, prospek tidak lagi sama seperti dahulu. Dahulu, apabila seseorang prospek ingin mendapatkan sebuah produk atau servis, biasanya mereka akan terus ke kedai untuk mencari produk atau servis yang mereka mahu.

Berbeza pada zaman ini, saat bertimbun-timbun produk dan servis di pasaran, sebelum mendapatkan sebuah produk atau servis, majoriti daripada pengguna biasanya akan mendapatkan maklumat terlebih dahulu. Pencari maklumat yang paling kerap digunakan oleh mereka adalah internet.

Para pemasar yang menyedari perkara ini menyimpulkan bahawa cara terbaik untuk menarik perhatian prospek adalah dengan menghasilkan content yang boleh menarik perhatian golongan sasaran mereka, lalu ‘menerbitkan’ content tersebut di ruang media. Contoh bentuk content yang diterbitkan adalah artikel blog, video atau infografik. 


Bila golongan sasaran mencari informasi yang mereka mahu di ruang internet, maka nanti golongan sasaran akan menjumpai artikel, video atau grafik yang diterbitkan oleh bisnes yang berkaitan – yang mana ia mengandungi maklumat pemilik bisnes . Ini secara tidak langsung menarik perhatian dan menyedarkan golongan sasaran tentang kewujudan bisnes tersebut.

Sekiranya content yang disajikan adalah maklumat yang amat berguna dan dicari-cari oleh golongan sasaran ia akan membuatkan golongan sasaran lebih ingat kepada pemilik bisnes tersebut dan yang berkaitan dengannya.

Malah, seperti biasa, selain melayari atau menikmati content yang dipaparkan untuk golongan yang disasarkan menjadi prospek, mereka pasti akan menjelajah maklumat lain yang berada di medium penyebaran content sesebuah bisnes – lalu menjumpai produk dan servis yang disediakan oleh sesebuah bisnes.

Strategi penyebaran Content Marketing tidak semestinya melalui internet sahaja. Ia boleh sahaja berupa rancangan TV atau radio yang memuatkan content berkualiti serta berkait dengan produk atau servis yang ingin dijual.

Yang membuatkan Content Marketing amat berkesan untuk menarik prospek, kerana ia mewujudkan perasaan selesa dan suka di hati prospek dan tidak menjual produk atau servis secara langsung.

Contoh Pengamalan Content Marketing Dalam Bisnes.

Berikut adalah dua contoh daripada situasi sebenar yang berlaku – tidak menggunakan nama sebenar pengamal Content Marketing.

     # 1 - Usahawan Buku Agama Berkualiti.

Muhammad adalah usahawan yang menjual buku agama dan produk-produk berkaitan agama. Dia mengenali bahawa prospek adalah terdiri daripada mereka yang minat kepada ilmu agama, dan gemar membaca.

Menyedari perkara tersebut, Muhammad membangunkan sebuah blog dan menyiarkan artikel agama yang menarik dan dicari-cari oleh golongan sasarannya.

Usaha Muhammad berjaya. Dengan content – artikel – yang disajikan dalam blog tersebut, ia berjaya menarik perhatian golongan yang suka membaca dan ingin tahu tentang agama. Pada suatu tahap Muhammad dan blog beliau dilihat sebagai sebuah identiti yang mempunyai kredibiliti sebagai rujukan untuk mendapatkan maklumat berkaitan agama.

Dalam masa yang sama, blog tersebut turut mengandungi maklumat yang boleh membawa pelayar blog tersebut ke ruang jualan buku online yang dibuat oleh Muhammad. Para pelayar blog Muhammad pastinya akan menemui perkara tersebut. Dengan kepercayaan yang terbina terhadap Muhammad melalui melihat artikel-artikel berkualiti yang diterbitkan di blog beliau, ia telah mewujudkan kesinambungan bahawa buku-buku yang dijual dan dicadangkan oleh Muhammad juga adalah buku-buku yang dipercayai dan berkualiti.

Pelayar yang asalnya cuma mendapat informasi dan maklumat di blog Muhammad berjumpa dengan buku-buku menarik minat mereka yang dijual oleh Muhammad, dan menjadi prospek yang membeli buku-buku agama daripada Muhammad.

Daripada masa ke semasa jumlah prospek Muhammad terus meningkat, kerana content yang diterbitkan di blog beliau kekal dan terus menarik dan mendapat perhatian daripada golongan sasaran.

     # 2 - Penulis Sepenuh Masa Yang Berpengaruh.

Qursyairi adalah seorang yang usahawan yang mempunyai kemahiran dalam ilmu penulisan dan copywriting. Beliau merancang pada suatu masa nanti, beliau mahu menjana pendapatan daripada penulisan sepenuh masa dan menganjurkan kursus-kursus seminar yang boleh menjana pendapatan lumayan.

Dengan mengenali golongan yang disasarkan menjadi prospeknya, Qursyairi membuat perancangan rapi, dan menyiapkan content yang menarik perhatian golongan sasarannya dan serta meningkatkan kepercayaan mereka terhadap beliau sebagai seorang penulis dan copywriter yang berbakat.

Dengan berbekalkan medium Facebook, blog dan Youtube, Qursyairi mula menerbitkan dan menyebarkan content yang telah disediakan. Beliau berkongsi secara konsisten ilmu tentang penulisan dan copywriting melalui Facebook dan blog beliau yang seterusnya menarik golongan sasarannya dan membentuk kepercayaan mereka bahawa beliau adalah seorang yang pakar dan berilmu tentang copywriting.

Strategi Qursyairi berjaya, hari demi hari Facebook dan blog beliau mula mendapat sambutan dan maklum balas daripada golongan sasarannya. Tahap kredibiliti Qursyairi telah meningkat daripada sebelumnya, dan beliau selalu mendapat tawaran kerjasama untuk menjana pendapatan melalui penulisan. Dengan berbekalkan strategi Content Marketing, Qursyairi telah berjaya menjana pendapatan sebagai penulis sepenuh masa dan kini menganjurkan seminar, kursus dan bengkel untuk para usahawan.

Sama Dengan Sewa Iklan?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bukankah ia kelihatan sama dengan menyewa ruang iklan di blog atau media yang mempunyai niche berkaitan dengan produk atau servis yang dijual sesebuah bisnes?

Secara jelasnya, ia kelihatan hampir sama, namun sebenarnya berbeza. Menyewa iklan di ruang media, tidak memungkinkan sesebuah bisnes mempunyai peluang yang besar untuk membina hubungan baik dengan sasaran yang ingin dijadikan prospek, malah peluang mendapatkan kepercayaan dan kredibiliti pada pandangan mereka juga kurang luas. Menyewa iklan hanya menumpang dengan kredibiliti orang lain.

Berbeza dengan itu, strategi Content Marketing memberi peluang, ruang dan kuasa bagi sesebuah bisnes untuk membina hubungan dengan prospek serta membina kredibiliti sesebuah bisnes pada pada pandangan prospek, kerana media tersebut adalah milik mereka sendiri.

Content Marketing Membina Kredibiliti Di Mata Prospek.

Berikut adalah apa yang bakal didapati oleh sesebuah bisnes yang mengamalkan Content Marketing:
  1. Content Marketing membantu meningkatkan kredibiliti dan jenama seseorang usahawan atau sesebuah bisnes di mata golongan sasarannya.
  2. Identiti bisnes seorang usahawan akan lebih melekat di minda prospek golongan sasaran, memandangkan ia adalah berupa informasi yang boleh kekal lama, berbanding iklan semata-mata yang lebih cepat dilupakan.
  3. Golongan sasaran cenderung mempercayai produk dan servis yang dijual oleh sesebuah bisnes sebagai berkualiti dan bagus, dengan wujudnya kredibiliti sesebuah bisnes. Ini memendekkan kitaran proses menjual.
  4. Golongan sasaran akan lebih percaya dan selesa untuk berurusan dengan usahawan tersebut dan bisnesnya.
Dengan izin Allah, pada masa akan datang, saya akan tulis mengenai jenis content yang sesuai dan boleh menjadi magnet untuk menarik prospek. Nantikan kemunculannya!


(Sumber gambar: contentmarketingworld,intersectionconsulting.com )



4 SUMBER KEKUATAN MAGNET PENGARUH.



Setiap Orang Mempunyai Pengaruh.

Pengaruh adalah satu keupayaan untuk memberikan kesan atau mengubah sesuatu kepada sesuatu yang baru. Dan boleh dikatakan setiap orang daripada kita sememangnya mempunyai pengaruh. Sama ada ia dibentuk secara sedar ataupun tidak sedar. Bezanya batas pengaruh itu adakah besar atau tidak.

Orang yang mempunyai pengaruh, dia akan mempunyai kemampuan untuk memberi kesan kepada orang lain dan mendapatkan apa yang diinginkannya. Ia boleh mencetuskan kebaikan dan keburukan dengan melihat kepada cara hidup kita seharian, dengan erti kata lain ia boleh mencetuskan pahala dan dosa.

Pengaruh juga sinonim dengan kuasa. Lantaran itu, tidak hairan mengapa ramai orang yang ingin menjadi orang yang berpengaruh, sehinggakan buku berkaitan pengaruh yang berada di pasaran antara buku yang laku keras.

Sumber Kekuatan Magnet Pengaruh.

Berdasarkan pemerhatian, terdapat beberapa perkara yang boleh membuatkan seseorang itu menjadi orang yang berpengaruh.



     1. Pengetahuan dan kepakaran.

Apa yang dihasilkan dan diucapkan oleh orang yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam sesuatu bidang biasa dijadikan pegangan dan ikutan. Dengan ilmu dan pengetahuan yang mereka miliki, orang percaya bahawa apa yang mereka hasilkan, ucap dan lakukan adalah sesuatu yang benar dan membawa kebaikan.

Muhammad ibn Ismail al-Bukhari yang mengarang Shahih al-Bukhari adalah seorang yang dikenali sebagai berilmu tinggi dan pakar dalam ilmu hadis. Apabila beliau memberikan penilaian terhadap sesuatu hadis maka orang yang belajar agama pasti akan menjadikan penilaiannya pegangan, kerana mereka telah faham al-Bukhari adalah tokoh yang amat pakar dalam hadis.

Puan Ainon Mohd. adalah seorang usahawan wanita yang berjaya dan merupakan pengasas kepada syarikat PTS Media Group Sdn. Bhd. Atas pengalaman dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang bisnes dan keusahawanan selama bertahun-tahun, apa yang beliau sampaikan berkenaan bisnes mendapat sambutan ramai daripada orang-orang yang ingin mendalami ilmu bisnes.

     2. Budi Pekerti dan Akhlak Mulia.

Sikap yang baik dan mulia seperti jujur dan sopan dalam berkata mampu memberikan kesan kepada orang lain. Ia membuatkan kita merasa senang dan selamat dengan seseorang, dan merupakah salah satu daripada sumber pengaruh yang besar kepada diri kita.



Nabi Muhammad s.a.w, baginda menjadi orang yang berpengaruh dan mendapat gelaran sebagai 'al-Amin' yang ertinya yang dipercayai atas kejujurannya dalam berkata-kata dan akhlaknya yang mulia.

Ketika pembukaan Kota Mekah, Nabi Muhammad s.a.w telah bertindak memberikan kemaafan kepada penduduk Mekah dan tidak membalas perbuatan buruk mereka ke atas baginda. Disebabkan kemuliaan akhlak baginda s.a.w itu ramai orang Kafir Quraisy telah memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah.

     3. Persamaan dan Keserasian.

Sifat manusia adalah cenderung kepada orang yang mempunyai persamaan dengan mereka. Kita biasa melihat orang orang yang gemar membaca buku, menulis buku dan berkongsi dengan orang lain, maka dia akan cenderung untuk suka dan gemar kepada orang yang mempunyai persamaan dengan dirinya.

Apabila ada dia bertemu dengan orang yang baru, lalu orang tersebut berkata tentang buku dan penulisan, dia akan lebih selesa dan tertaik untuk bercakap dengan orang tersebut, berbanding orang lain yang kurang atau tiada persamaan langsung dengan diri mereka.

Hakikat yang tidak dapat dipersoalkan lagi, seseorang akan lebih cenderung untuk mengikuti cadangan, nasihat dan saranan orang yang mempunyai persamaan dengan mereka.

     4. Penampilan dan Luaran.

Cara seseorang antara perkara yang dinilai apabila kita berurusan dengan seseorang. Ia memberikan kita gambaran awal  tentang seseorang. Walaupun kita selalu berkata jangan menilai buku daripada luarannya, realitinya setiap daripada kita secara spontan memberikan tanggapan terhadap seseorang melalui penampilan luarannya.

Bagaimana seseorang itu berpakaian, cara dia bercakap, dan fisiologinya. Ia semua diperhatikan, untuk memastikan sama ada ia selari dengan apa yang didakwa oleh orang tersebut atau sebaliknya.

Semakin selari penampilan seseorang itu dengan apa yang didakwanya, maka peratusan dia menjadi orang yang berpengaruh di mata kita adalah lebih tinggi.

Pengaruh Boleh Runtuh.

Pengaruh bukanlah perkara yang statik. Ia boleh dibina dan ditingkatkan, dan ia juga boleh diruntuhkan. Yang jelas juga, tidak semua orang boleh kita pengaruhi, dan tidak semua orang boleh mempengaruhi kita.

Suka atau tidak, pengaruh pasti akan tercipta dalam diri setiap orang. Ia akan menarik orang yang serupa dengan merkea, dan ia berfungsi untuk mewujudkan hubungan yang baik sesama manusia, selagi mana ia bertepatan dengan agama Islam.

Jadi Magnet Menarik Pelanggan Melalui Akaun Peribadi Facebook.

 
Pengaruh memainkan peranan yang penting bagi seseorang usahawan. Ia boleh membentuk jenama diri seterusnya memposisikan seorang usahawan di hati bakal pelanggannya. Ini adalah beberapa perkara yang boleh diamalkan oleh seseorang usahawan untuk meningkatkan pengaruh, memposisikan dirinya seterusnya menarik pelanggan melalui laman sosial Facebook:
  1. Ketahui golongan yang bakal pelanggan, siapa mereka, di mana mereka biasa berada, berapa umur mereka dan jantina mereka.
  2. Fahami apa yang mereka perlu dan mahu. Ia menjadi kunci untuk membina keserasian dan keseragaman antara usahawan dan bakal pelanggannya.
  3. Kongsikan melalui Facebook secara konsisten perkara yang bakal pelanggan suka dan mahu seperti info-info terbaru dan perkara yang mereka cari. Tingkatkan kepakaran tentangnya.
  4. Gunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) ketika menulis sesuatu di ruang Facebook. Ia menggambarkan seseorang yang mempunyai krediabiliti yang baik, dan boleh melatih penulisan seseorang.
  5. Beri tindak balas terhadap perkara-perkara yang dikongsikan oleh bakal pelanggan melalui Facebook.
  6. Berikan insentif atau hadiah seperti ebook percuma atau video percuma. Ini akan mengeratkan hubungan seseorang usahawan dengan bakal pelanggan melalui laman Facebook.

6 poin ini mengandungi 4 sumber pengaruh yang disebutkan di atas. Jika diamalkan, dengan izin Allah, ia pasti akan dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan bakal pelanggan, ia akan mewujudkan kepercayaan dan rasa selamat dalam diri bakal pelanggan untuk berurus niaga kita.



(Sumber gambar: transformleaders, boscoanthony, okhuwa, dailymail)


7 FORMULA JURUJUAL BERPENGARUH.




Menjual Sebagai Nadi Bisnes.

Apabila kita menceburkan diri dalam bisnes, maka kita tidak boleh melarikan diri daripada menjual. Sama ada kita menjual produk, servis atau idea dan diri kita.

Jualan adalah nadi bisnes kita untuk terus hidup. Tanpa jualan, maka bisnes kita tidak akan mampu untuk membangun, sebaliknya akan mati.

Robert T. Kiyosaki penulis buku kewangan bestseller berkata:

"Jika kamu tidak pandai menjual, maka kamu tidak boleh menjadi usahawan!” - Rich Dad's Before Your Quit Your Job, hal. 84.

Jika bisnes secara offline, kemahiran menjual yang utama adalah petah berkata-kata. Jika bisnes secara online, kemahiran menjual yang utama adalah menulis ayat iklan atau copywriting yang berkualiti. Berikut adalah 7 formula untuk menjadi jurujual yang hebat dan berpengaruh.

7 Formula Jurujual Berpengaruh.

     1. Niat Yang Betul.

Setiap apa yang kita buat bermula dengan niat atau matlamat. Apakah niat kita menjual produk dan servis? Untuk mendapatkan wang dan dunia semata-mata? Jika itu niat kita, maka usaha menjual yang kita buat hanya akan mendapat balasan di dunia.

Justeru, apa niat menjual yang tepat? Niat dalam hati kita mahu menjual untuk membantu orang menambah baik kehidupan mereka. Jual produk dan servis kita kepada orang yang memerlukan sebagai tanggungjawab mualamat (pergaulan) dan bantu-membantu sesama manusia seperti mana yang diperintahkan dalam agama (bantu-membantu itu tidak semestinya percuma). Yang penting, asalkan ada situasi menang-menang antara kita yang menjual dan orang yang membeli – kedua-duanya mendapat kebaikan.

     2. Bina Pengaruh dan Jenama Diri.

Bina pengaruh yang hebat dan jenamakan diri sendiri. Caranya adalah dengan berlaku jujur dalam setiap urusan, gunakan bahasa yang sopan, berpenampilan yang sesuai dan kuasai bidang yang menjadi jualan kita.

Contoh, jika kita menjual produk kesihatan, maka kita perlu menguasai ilmu-ilmu berkaitan kesihatan. Tidak lupa, jika dalam bisnes online, selalu kongsikan ilmu, tip dan panduan berkenaan bidang yang kita kuasai itu.

Dengan cara ini kita akan dapat membina kepercayaan bakal pelanggan, terutama bakal pelangga yang mengenali diri kita.

     3. Kenali Bakal Pelanggan.

Siapakah pelanggan kita? Apakah jantina dan umur mereka? Apakah status mereka? Apakah masalah yang mereka hadapi dalam kehidupan seharian? Di manakah tempat bakal pelanggan kita selalu berkumpul? Ketahui perkara-perkara berkaitan pelanggan kita.

Dengan mengetahui siapa bakal pelanggan kita dan apa yang mereka mahukan, ia akan menjimatkan masa dan tenaga kita daripada berusaha menjual kepada orang yang salah.

Ingat, kita tidak boleh menjual produk dan servis kita kepada semua orang, kerana bukan semua orang akan memerlukannya. Ketahui bakal pelanggan yang menjadi sasaran kita, barulah usaha kita tidak menjadi sia-sia.

     4. Faham Tentang Produk.

Untuk menjadi jurujual hebat, kita perlu tahu tentang produk atau servis yang kita jual. Terutama manfaat produk tersebut kepada bakal pelanggan kita. Apakah manfaat yang akan diperolehi oleh pelanggan daripada produk atau servis kita? Pelanggan tidak begitu peduli tentang ciri-ciri produk kita, mereka hanya mahu tahu apa kelebihan dan manfaat yang akan diperolehi oleh mereka daripada produk kita.

Andaikan kita menjual produk kosmetik untuk wanita, maka kita nyatakan manfaat produk tersebut seperti mampu melicinkan kulit wajah dan melembutkannya seperti kulit bayi dalam masa seminggu, selamat digunakan serta mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

Selain itu, kita boleh nyatakan bahawa produk kita adalah setanding dengan produk berjenama besar, meskipun ia dijual dengan harga yang rendah.

Disamping itu, untuk jadi jurujual hebat kita juga perlu tahu tentang kelemahan dan kekurangan produk atau servis kita. Malah tidak menyembunyikan kelemahan dan kekurangan produk tersebut jika ia boleh membuatkan pengguna tidak berpuas hati. Andaikan kita menjual buku terpakai, maka kita jelaskan apa kelemahan dan kekurangan buku tersebut, mungkin ada kesan lipatan atau ada kesan terkena air.

     5. Buat Bakal Pelanggan Faham.

Apakah cara penyampaian yang paling sesuai kita gunakan untuk memberik kefahaman kepada bakal pelanggan? Surat jualan, video rakaman atau bercakap secara berhadapan? Rancang penjelasan yang bakal diberikan kepada bakal pelanggan kita berdasarkan manfaat produk dan servis yang telah kita senaraikan.

Jurujual yang hebat adalah jurujual yang membuat perancangan dan persediaan. Sebelum bertemu pelanggan, mereka berusaha untuk memahami pelanggan dan memahami cara yang akan membuat pelanggan suka dan faham tentang apa yang mereka sampaikan. Ini akan buat bakal pelanggan yakin tentang produk kita.

     6. Seruan Untuk Bertindak.

Dengan cara yang tenang, berikan suntikan dan seruan kepada pelanggan untuk mendapatkan produk kita. Nyatakan kepada pelanggan, apakah manfaat yang akan mereka perolehi jika mendapatkan produk kita dengan kadar yang segera. Berikan tawaran-tawaran hebat bagi pelanggan yang mendapatkan produk dan servis kita dengan segera.

Tetapi awas, jangan sesekali kita mempengaruhi pelanggan secara salah. Wujudkan situasi menang-menang antara kita dengan pelanggan. Jurujual yang hebat adalah jurujual yang menggembirakan dan memuaskan hati pelanggan dan pada masa yang sama menjana keuntungan.

Jurujual yang hebat tidak akan sesekali memanipulasi pelanggan untuk menjual produk atau servis yang sebenarnya tidak memberikan manfaat kepada pelanggan mereka.

     7. Bersyukur dan Redha.

Jika pelanggan membeli, alhamdulillah. Itu adalah satu kebaikan buat kita dan juga kepada pelanggan kita. Ingat setiap nikmat dan rezeki yang kita perolehi itu adalah daripada Allah ta`ala jua. Bila kita bersyukur, dengan izin Tuhan, nanti Dia akan tambahkan nikmat pada kita.

Jika pelanggan tidak membeli produk atau servis kita, maka kita bertenang. Jurujual hebat akan tetap menghargai pelanggannnya, meskipun mereka tidak membeli daripadanya. Muhasabah diri, lihat apa kekurangan yang telah kita lakukan untuk kita perbaiki pada masa hadapan. Dalam pada masa yang sama perlu sabar dan redha, mungkin itu bukan rezeki kita. Sebagai manusia kita berusaha, dan hasilnya kita bertawakal kepada Allah ta`ala.

Mempunyai kemahiran menjual yang hebat dan menjana keuntungan yang tinggi adalah sesuatu yang boleh dipelajari. Usah berputus asa andai pada hari ini produk atau servis yang berjaya kita jual masih dalam kuantiti yang rendah. Ingat, setiap orang yang berjaya hari ini dahulunya bermula daripada biasa-biasa juga. Apa yang penting, untuk berjaya dalam bisnes kita perlu belajar terus-menerus dan berusaha.

Sekiranya anda mempunyai pendapat dan tambahan, sila kongsi bersama melalui ruang komen di bawah. Semoga ia memberikan manfaat buat kita.





Ebook ini mendedahkan kepada anda bagaimana untuk menjual dengan cara yang membuat pelanggan suka dan faham.

 

PIKAT PELANGGAN DENGAN BAHASA SOPAN.



 
Bahasa pengantar dalam bisnes memainkan peranan yang penting, terutama ketika berbual dan bercakap dengan pelanggan dan diruang bisnes. Ia boleh mencerminkan imej perniagaan kita kepada pelanggan yang berkunjung, sama ada baik atau buruk.

Pelanggan cukup suka bila kita memanggil mereka dengan panggilan yang memuliakan mereka, seperti tuan, puan, cikpuan dan seumpamanya, lalu membuatkan mereka suka untuk berurusan lagi dengan kita . Sebaliknya, jika kita berbahasa kurang elok, jangan hairan itu kali terakhir mereka berurusan dengan kita.

Pernah satu ketika saya pergi ke sebuah kedai gunting, sebaik beredar daripada kedai gunting tersebut, saya berkata dalam hati bahawa saya tidak akan kembali semula ke sana.

Ini kerana, sepanjang rambut saya digunting, orang-orang di premis tersebut tidak berhenti berkata perkataan yang kurang elok dan memaki.

Saya berharap, sepanjang saya berada di sana, saya dapat menenangkan fikiran dan bertenang seketika, tetapi saya malangnya mood saya menjadi rosak, kerana kata-kata kurang elok sesama pekerja di kedai gunting tu.

Malah, ketika saya berada di premis tersebut, ada pelanggan yang kurang berpuas hati, lalu pekerja di kedai gunting itu bersuara ‘tegas’ kepadanya. Meski kata-kata tersebut bukan ditujukan kepada saya, tetapi ia memberikan rasa kurang senang di hati saya.

Alangkah baiknya, sekiranya pekerja tersebut berbahasa dengan baik dan sopan. Ia pasti akan menjaga imej mereka di mata pelanggan.

Sebelum beredar saya diberikan satu kad yang ditanda, jika saya mendapatkan khidmat gunting rambut di sana selama beberapa kali, saya akan mendapat khidmat gunting percuma, tetapi kelebihan itu tidak menarik hati saya apabila teringat pekerja di premis yang kurang sopan.