Klik LIKE untuk dapatkan kemas kini melalui Facebook anda.
USAHAWAN, DILAHIRKAN ATAU DIBENTUK?
Dahulu pada waktu mula mendekati ilmu bisnes, pernah timbul soalan dalam minda saya, kebolehan berbisnes atau menjadi seorang usahawan itu bakat semula jadi atau ia dipelajari?
Adakah benar dakwaan bahawa seseorang itu sememangnya dilahirkan menjadi usahawan, lalu dia menjadi usahawan berjaya?
Jawapan yang saya perolehi atas soalan tersebut adalah keusahawanan itu adalah dipelajari, ia bukannya secara semula jadi atau kurniaan istimewa. Ia dipelajari secara sedar dan tidak sedar.
Secara asasnya lahirnya kita ke dunia ini dalam keadaan tanpa mengetahui sesuatu pun, kemudian kita belajar pelbagai perkara yang kita lalui, lalu kita ambil yang kita mahu dan kita tinggalkan apa yang kita tidak mahu.
Dalam Islam disebutkan seorang bayi itu adalah ibarat kain putih dan ibubapanya - termasuk orang sekeliling - yang akan mencoraknya, secara sedar atau tidak.
Menurut Robert T. Kiyosaki dalam bukunya Rich Dad's Before You Quit Your Job, bertanya soalan, adakah seorang usahawan itu dilahirkan dengan bakat semula jadi atau dengan cara belajar, adalah seumpama bertanya soalan, adakah seseorang itu dilahirkan untuk bekerja makan gaji atau dipelajari.
Saya percaya, tiada orang dilahirkan untuk makan gaji atau jadi usahawan. Yang ada, setiap orang belajar secara sedar dan tanpa sedar, lalu buat keputusan untuk bekerja makan gaji atau usahawan.
Justeru, kalau tidak mahir bisnes, jangan terus mengalah dan kata pada diri,

"Mungkin saya tidak dilahirkan untuk jadi usahawan!"Berusahalah sebaik mungkin, sebelum mengalah. Pelajar ilmu bisnes dan keusahawanan yang betul secara berterusan, kemudian terus praktikkan dalam kehidupan, insya' Allah kita akan jadi usahawan yang berjaya!
Kategori
Bisnes
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda mempunyai pendapat, pandangan dan pengalaman berkenaan topik yang dituliskan di atas? Tuliskan di bawah dan kongsikan bersama kami.