Klik LIKE untuk dapatkan kemas kini melalui Facebook anda.

Menyalurkan informasi untuk orang makan gaji dan orang bisnes untuk lebih berjaya dalam kerjaya, kewangan dan bisnes dengan cara patuh syariah.

5D MENUJU KEKAYAAN.



     # 1 - Decide (Buat Keputusan).

Buat keputusan anda hari ini untuk mencapai kekayaan atau matlamat kewangan yang anda impikan, dan tetapkan matlamat anda dengan jelas, relevan untuk dicapai, mencabar diri dan mempunyai tempoh waktu tertentu.

     # 2 - Desire (Keinginan Yang Membara).

Dalam mencapai kekayaan anda perlu ada keingingan yang kuat. Senaraikan mengapa anda ingin menjadi kaya? Semakin banyak sebab yang anda senaraikan semakin baik, ianya akan membuatkan keinginan anda semakin kuat untuk mencapai kekayaan. Keinginan yang kuat akan menjadi motivasi atau ‘bahan api’ untuk anda bergerak melakukan sesuatu.

     # 3 - Do (Lakukan Tindakan).

Lakukan sesuatu untuk mencapai kekayaan yang anda impikan itu, buat perancangan berdasarkan ilmu, temui orang-orang yang berjaya minta tunjuk ajar mereka, baca buku kewangan, CD, atau seminar yang berkaitan seperti perancangan kewangan dan pelaburan. Setelah itu, laksanakan perancangan yang telah dibuat.

     # 4 - Discipline (Disiplin).

Untuk menjadi perancangan anda mencapai matlamatnya, anda perlu ada disiplin diri, fokus dan tetap mengikut perancangan yang telah ditetapkan secara konsisten untuk menuju kekayaan, daripada awal perancangan sehinggalah ke akhirnya.

     # 5 - Du'a (Berdoa)


Ini tambahan daripada rakan FB saya, Tuan Muzani Mohamad (moga Allah merahmati beliau) iaitu berdoa. Tiada satu apa pun yang kita lakukan di dunia ini melainkan ia berlaku dengan izin Allah s.w.t. Justeru, untuk mencapai kejayaan yang diinginkan berdoa dan memintalah kepada Allah s.w.t. Berdoa sebelum berusaha, berdoa semasa berusaha dan setelah berusaha. Selepas berdoa dan berusaha, hendaklah kita bertawakkal kepada Allah s.w.t.


Selamat berjaya!


(Sumber gambar: article-writer-pro )


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mempunyai pendapat, pandangan dan pengalaman berkenaan topik yang dituliskan di atas? Tuliskan di bawah dan kongsikan bersama kami.