Klik LIKE untuk dapatkan kemas kini melalui Facebook anda.

Menyalurkan informasi untuk orang makan gaji dan orang bisnes untuk lebih berjaya dalam kerjaya, kewangan dan bisnes dengan cara patuh syariah.

9 TIP BERUCAP DARIPADA BRIAN TRACY.

 
Siapa Brian Tracy?

Brian Tracy adalah seorang tokoh yang pembangunan diri yang terkenal daripada barat. Bidang kemahiran beliau meliputi pemasaran dan jualan, bisnes dan motivasi untuk mencapai kejayaan.

Asalnya beliau cuma orang biasa yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran sehingga peringkat tinggi. Bekerja sebagai buruh di tempat binaan, mencuci piring di restoran dan tinggal dalam appartment biasa.

Memerhatikan awal kehidupan remajanya yang sedemikian, Brian Tracy tidak berputus asa. Beliau terus bekerja dan belajar, kerana beliau percaya mencapai kejayaan itu adalah sesuatu kemahiran boleh dipelajari. Dengan berbekalkan usaha, akhirnya kini beliau berjaya menjadi usahawan, penulis dan penceramah yang dikenali di peringkat antarabangsa.

Untuk tahu lebih lanjut tentang beliau anda boleh melawat pautan berikut: briantracy.com

Buku beliau yang berjudul Speak To Win adalah salah satu daripada buku yang menghimpunkan panduan untuk mencapai ucapan yang hebat. Dan pada kali ini, saya ingin berkongsi bersama anda 10 tip penting yang telah beliau kongsi, tentang bagaimana untuk menjadi penceramah yang hebat dan berpengaruh.

     1. Fahami dan kuasai.

Untuk membuat orang lain faham, terlebih dahulu seseorang perlu memahami apa yang mahu disampaikannya. Memahami dan menguasai topik yang ingin dibicarakan adalah amat penting.

Perlu ditekankan juga, seseorang itu perlu faham mengapa dia mahu menyampaikan perkara tersebut. Apakah objektif dan motif daripada penyampaian tersebut?

     2. Kenali pendengar.

Seseorang tidak boleh bercakap dengan orang dewasa, sama seperti bercakap dengan murid sekolah rendah. Apabila mahu menyampaikan sesuatu, mengenali siapa pendengar adalah sesuatu yang amat berguna kepada seseorang penceramah.

Dengan mengetahui serba sedikit latar belakang golongan hadirin ia akan memudahkan seseorang penceramah untuk menarik perhatian mereka dan berbicara sesuai dengan bahasa yang mereka fahami.

     3. Latihan Berkali-kali.

Jikalau seseorang yang tidak pernah berucap di hadapan orang ramai, tiba-tiba disuruh untuk berbicara di atas pentas, pasti dia akan tergagap-gagap untuk berbicara. Sama ada kerana gementar atau kerana isi penyampaian yang tidak tersusun.

Berlatih dan membuat persiapan awal mempunyai kesan yang besar dalam menyampaikan ceramah dan ucapan yang hebat. Baca teks ucapan berkali-kali dan cuba gayakan seolah-olah sedang melakukannya.

     4. Pakaian yang sesuai.

Pakaian memberikan gambaran awal tentang diri seseorang. Dan itulah antara perkara awal yang akan diperhatikan apabila seseorang itu bertemu dengan orang lain. Pakai pakaian yang sesuai dengan topik yang ingin dibicarakan.

     5. Bahasa lisan dan bahasa badan.

Apakah perasaan anda sekiranya ada seorang yang sedang berucap dihadapan anda, dan daripada awal ucapannya dia hanya berdiri kaku di tempat dia berada?

Manusia biasanya rasa bosan dengan benda yang statik. Selain menggunakan bahasa lisan, gunakan bahasa badan, seperti mimik wajah, gerakan tangan dan berpindah tempat jika memungkinkan. Pastikan bahasa lisan dan bahasa badan adalah selari.

     6. Visualisasi.

Sebelum berceramah, buat latihan minda yang dinamakan visualisasi. Iaitu dengan cara membayangkan yang baik-baik, seolah-olah sedang menyampaikan ceramah. Dengan melakukan visualisasi yang positif, ia boleh meransang minda, dan menghilangkan ketengangan sebelum menyampaikan sebarang ceramah.

Tonton video-video ceramah mereka yang hebat dan cuba tiru apa yang mereka lakukan. Bayangkan diri anda mampu berbicara hebat seperti mereka.

     7. Sebutkan Manfaat.

Di awal penyampaian anda maklumkan kepada hadirin manfaat, kebaikan dan pelajaran yang mereka bakal pelajari daripada apa yang anda sampaikan. Dengan mengetahui manfaat dan apa yang mereka bakal perolehi, para hadirin akan menjadi lebih fokus untuk menggali kebaikan dan manfaat yang bakal disampaikan.

     8. Humor.

Selitkan humor atau benda lucu dalam penyampaian, sekiranya ia bersesuai dengan personaliti anda, dan bertepatan dengan topik yang disampaikan. Tetapi awas, jangan meleret dan melencong daripada topik asal. Jika anda tidak pandai melakukan humor, sebaik-baiknya jangan lakukan, bimbang ia mencederakan emosi anda sendiri.

Pilih humor yang benar dan masih segar atau tidak pernah didengari oleh pendengar.

     9. Berkaitan Slideshow.

Seandainya menggunakan slideshow Powerpoint untuk ucapan, sebaiknya setiap ayat di ruang slide tidak melebihi 5 baris ayat. Lebih daripada 5 baris ayat, akan membuatkan para hadirin sibuk membaca daripada mendengar isi yang sampaikan oleh penceramah.

Sebagai penceramah pula, jangan bergantung dengan slideshow, sehingga membacanya berkali-kali dihadapan hadirin. Jika itu berlaku, maka terjadilah, ‘mati kerana powerpoint’ – penceramah yang bergantung kepada Powerpoint.

Kebolehan untuk bercakap dan berbicara di hadapan orang ramai adalah satu kebolehan yang amat penting, tidak kira buat seorang pekerja makan gaji atau seorang usahawan. Dengan menguasai cara berucap yang betul dan meyakinkan, banyak kejayaan dan pencapaian hebat yang boleh dicapai oleh seseorang.

(Sumber gambar: briantracy.com)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mempunyai pendapat, pandangan dan pengalaman berkenaan topik yang dituliskan di atas? Tuliskan di bawah dan kongsikan bersama kami.