Klik LIKE untuk dapatkan kemas kini melalui Facebook anda.

Menyalurkan informasi untuk orang makan gaji dan orang bisnes untuk lebih berjaya dalam kerjaya, kewangan dan bisnes dengan cara patuh syariah.

USAH TUNGGU DUIT BANYAK.


"Bila gaji saya naik, pasti saya akan dapat simpan wang."

Itu antara kata-kata yang pernah saya dengar tentang menyimpan. Tidak sedikit yang percaya, dengan meningkatnya pendapatan, maka taraf hidup akan semakin baik.

Mereka percaya jika mereka berpeluang mendapat gaji lebih besar, maka mereka akan dapat menyimpan lebih banyak wang, dan tidak merasa sempit hingga hujung bulan.

Realiti yang berlaku dalam kehidupan hari ini, meningkatnya pendapatan tidak menjamin kita hidup senang sehingga hujung bulan.

Tidak sedikit yang mendapat pendapatan yang lebih besar daripada tahun sebelumnya, tetapi kehidupan masih sempit dan merasa susah hati sehingga hujung bulan, dan tiada simpanan kecemasan.

Puncanya? Sukar mengurus nafsu dan terlalu mengikut hawa nafsu. Saat melihat wang yang banyak masuk ke dalam poket, pelbagai perkara yang tidak mampu dimiliki sebelum ini terlintas dalam fikiran.

Besar Periuk, Maka Besar Juga Keraknya.

Situasi ini sesuai dengan pepatah Melayu, "Besar periuk, maka besar juga keraknya".

Meningkatnya pendapatan, tidak menjamin kehidupan yang lebih baik, andai kita tidak pandai menguruskannya dengan betul.

Usah menunggu dapat wang yang banyak baru mahu belajar mengurus wang. Belajarlah mengurus dan menyimpan wang daripada sekarang.

Simpanlah sejumlah wang daripada pendapatan yang diperolehi. Walau mungkin cuma RM20 sebulan. Seperti kata pepatah, "Sedikit lama-lama jadi bukit."

Sebelum mengakhiri, satu lagi ungkapan yang biasa didengar,

“Bila saya dapat wang lebih banyak, pasti saya akan dapat sedekah nanti.”

Yang sebenarnya, usah menunggu wang banyak baru mahu sedeqah.

Sedeqah disaat kita susah itu kadang-kadang itu lebih utama di sisi Allah, berbanding sedeqah ketika senang, kerana saat itu kita perlu mujahadah melawan hawa nafsu untuk bersedeqah.

Jaminan Nabi Muhammad s.a.w, sesungguhnya sedeqah itu tidak mengurangkan harta. Boleh jadi sedeqah ketika kita susah itu boleh membuka pintu rezeki kita daripada Allah.

(Sumber gambar: Kenji Gunderson )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mempunyai pendapat, pandangan dan pengalaman berkenaan topik yang dituliskan di atas? Tuliskan di bawah dan kongsikan bersama kami.