Klik LIKE untuk dapatkan kemas kini melalui Facebook anda.
BISNES BERJAYA YANG DIREDHAI ALLAH.
Apabila sebut bisnes yang berjaya kebanyakan daripada kita hanya berfikir ia adalah bisnes yang mampu menjana pendapatan lumayan dan membuatkan kita hidup senang.
Dalam penulisan ini, saya ingin bawa anda agar melihat bisnes yang berjaya daripada sudut pandang yang berbeza dan makna yang lebih luas. Tidak terhad kepada persoalan dunia semata-mata.
Berikut adalah erti bisnes yang berjaya yang saya utarakan.
Bisnes Membawa Kebaikan Di Dunia & Akhirat.
Bisnes yang berjaya adalah bisnes yang membawa kebaikan di dunia dan di akhirat. Di mana ia bukan setakat membuahkan keuntungan kewangan, tetapi menghasilkan pahala dengan menjadi medium yang membawa kebaikan buat manusia di dunia dan akhirat, apabila ia dilaksanakan dengan berpandukan ajaran Islam.
Jika dijalankan dengan betul, bisnes boleh menjadi sebuah ibadah kepada kita. Tetapi, jika ia dijalankan dengan cara yang salah, maka ia boleh menjadi penyumbang dosa kepada kita.
Perkara Yang Perlu Diperhatikan.
Berikut antara perkara yang perlu diperhatikan agar bisnes kita menjadi patuh syariah, diredhai Allah dan menjadi sebuah ibadah yang membuahkan pahala.
- Tidak menjual produk atau menyediakan servis yang bercanggah dengan Islam. Contohnya menjual rokok, minuman keras dan majalah-majalah yang meruntuhkan moral.
- Bisnes tersebut tidak membuatkan kita lalai daripada perintah wajib seperti solat. Sediakan waktu atau ruang untuk pekerja kita mengerjakan solat dan beribadah.
- Menerapkan pergaulan berpandukan syariah daripada peringkat rendah sehingga ke peringkat atasan, dan menjauhi ikhtilat. Jika diasingkan tempat antara pekerja lelaki dan wanita, itu adalah yang sebaiknya.
- Tidak bekerjasama secara langsung dengan golongan yang memusuhi dan memerangi umat Islam. Contoh menjual senjata api dan bekalan makanan kepada orang memerangi umat Islam secara terang.
- Menjalankan urus niaga dengan berpandukan ajaran Islam dalam urusan bisnes atau fikah muamalat – jual beli, hutang, riba dan sebagainya.
- Jika seorang majikan, maka ia hendaklah menjalankan usaha mengajak orang bawahannya agar melakukan kebaikan dan menghindari kemungkaran. Contohnya, melarang pengiklanan mendedahkan aurat wanita.
Ingat, dunia hanyalah persinggahan. Suatu hari kita akan meninggalkannya. Beruntunglah manusia yang bekerja di dunia, tetapi ia tidak melalaikan ia daripada kewajipan terhadap Allah.
Jika anda mempunyai pandangan atau komen berkenaan apa yang saya utarakan dalam penulisan ini, saya amat mengalu-alukan anda untuk menuliskannya di ruang komen di bawah. Semoga Allah memberkati kita semua.
Bisnes yang berjaya itu adalah bisnes yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat.
(Sumber gambar: macbrianmun)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda mempunyai pendapat, pandangan dan pengalaman berkenaan topik yang dituliskan di atas? Tuliskan di bawah dan kongsikan bersama kami.