Klik LIKE untuk dapatkan kemas kini melalui Facebook anda.

Menyalurkan informasi untuk orang makan gaji dan orang bisnes untuk lebih berjaya dalam kerjaya, kewangan dan bisnes dengan cara patuh syariah.

CERITA: KOS TIDAK MAHU BELAJAR.



Kita selalu persoal, kos untuk belajar ilmu itu mahal. Namun, pernahkah kita persoal berapa kos kita terpaksa bayar bila tidak belajar?

Abdul dan Karim adalah adik beradik. Mereka masing-masing mendapat wang RM10,000 daripada ayah mereka. Mereka berdua mempunyai minat untuk melakukan bisnes.

Abdul gunakan RM5,000 untuk menuntut ilmu bisnes, dengan membeli buku bisnes, video dan audio bisnes, menghadiri bengkel seminar dan coaching. Dengan ilmu yang diperolehi, Abdul gunakan RM5,000 untuk buat bisnes kecil-kecilan dengan gerai. Dalam beberapa waktu bisnes Abdul berkembang dan dia menjana keuntungan yang berlipat kali ganda, kemudian membuka kedai yang lebih besar.

Berbeza dengan Abdul, bagi Karim perbuatan Abdul membelanjakan RM5,000 untuk belajar ilmu bisnes adalah cukup membazir. Bagi Karim daripada gunakan untuk belajar sebanyak itu, lebih baik dia gunakan semua RM10,000 yang dimilikinya sebagai modal buat bisnes. Logik Karim, bila buka bisnes besar, besar pula untung yang dijananya. Beberapa waktu berlalu bisnes Karim bermasalah dan akhirnya terpaksa ditutup.

Dengan belanjakan RM5,000, Abdul telah berjaya menjana keuntungan dan menyelamatkan RM10,000 yang dimilikinya. Manakala Karim yang merasakan RM5,000 itu terlalu mahal untuk belajar akhirnya hilang kesemuanya. Berapa kos Karim terpaksa bayar akibat tidak mahu belajar?






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mempunyai pendapat, pandangan dan pengalaman berkenaan topik yang dituliskan di atas? Tuliskan di bawah dan kongsikan bersama kami.