Klik LIKE untuk dapatkan kemas kini melalui Facebook anda.

Menyalurkan informasi untuk orang makan gaji dan orang bisnes untuk lebih berjaya dalam kerjaya, kewangan dan bisnes dengan cara patuh syariah.

ULASAN EBOOK: “RAHSIA MUDAH RM1000 DENGAN MENULIS”.


Dahulu orang berpandangan menulis ini adalah pekerjaan yang tiada jaminan. Tiada orang boleh jadi kaya dengan menulis. Sekarang, kita dapat melihat tidak sedikit penulis yang berjaya hidup senang dengan hasil penulisan mereka, sehingga ada yang menjadi jutawan.

Pada 30 September yang lepas, saya telah mendapatkan ebook Rahsia Mudah RM1000 dengan Menulis (RMRDM) karya Aqif Azizan. Di sini, saya ingin kongsikan dengan anda ulasan tentang ebook ini.

Siapakah Aqif Azizan?

Aqif Azizan adalah usahawan muda, penulis bebas dan merupakan pengasas bersama kepada syarikat Write to Wealth.



Beliau selalu menyajikan tip pemasaran, copywriting dan bisnes melalui akaun Facebook beliau. Antara hasil karya beliau adalah buat Buat Duit Dengan Freelance Blogging dan Ebook Rahsia Mudah RM1000 dengan Menulis.

Apa yang Saya Pelajari daripada Ebook RMRDM?

Ebook RMRDM adalah ebook pengenalan tentang dunia penulis bebas. Ia mendedahkan bagaimana menjadi penulis bebas sebenarnya bukanlah kerjaya yang biasa-biasa. Sebaliknya ia mempunyai kesan yang besar dalam hidup seseorang dan mampu menjana pendapatan yang lumayan dan hidup senang.

Lebih penting, menulis boleh menjadi saham pahala di akhirat bila penulis menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat dengan niat yang betul.

Dalam ebook ini, saya mempelajari kesilapan biasa yang perlu dielakkan oleh seseorang penulis, bagaimana strategi membina kredibiliti dan menjadi seorang pakar, jika mahu menjana pendapatan yang lumayan dengan menulis. 


Ia menjelaskan kesilapan-kesilapan itu adalah antara perkara yang menghalang seseorang menjadi penulis luar biasa. Contoh kesilapan mereka yang baru menceburi penulisan adalah tidak mempunyai niche atau bidang yang difokus dalam penulisan. Dengan teknik dan strategi yang betul, menjana pendapatan yang lumayan bukan lagi sesuatu yang mustahil.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, ramai orang pandai menulis, tetapi mengapa kebanyakannya tidak berjaya menjana pendapatan lumayan?

Jika itu persoalan dalam minda anda, ebook RMRDM memuatkan jawapannya. Kemahiran menulis semata-mata tidak menjamin seseorang menjadi penulis yang berjaya. Seorang penulis perlu mengetahui ilmu pemasaran, dan ebook ini memuatkan tip mudah untuk memasarkan dan mempromosi diri sebagai penulis dengan betul, secara online dan offline.

Adakah Benar Menjana RM1000 dengan Penulisan Itu Mudah?

Walau tajuk ebook ini menyatakan ‘mudah’, sebenarnya menjana pendapatan dengan menulis bukanlah semudah yang disangka. Tetapi, dengan mengetahui tip dan panduan dalam ebook ini, ia akan meringankan kesukaran yang ditempuh dalam dunia penulisan.

Perkara yang Tiada Dalam Ebook RMRDM.

Ia adalah ebook yang lebih tertumpu kepada membina kredibiliti, mencari idea dan bagaimana mempromosikan diri sebagai penulis bebas. Ia tidak memuatkan teknik-teknik dan kemahiran menulis, seperti bagaimana menulis headline berkuasa, pendahuluan yang memikat dan penutup yang kemas.


Saya kira, memang itu matlamat Aqif Azizan mengarang ebook ini. Bukan menumpukan kepada kemahiran menulis, tetapi lebih kepada pemasaran dan membina kredibiliti.

Jadi Penulis Perlu Kesungguhan.

Membina kemahiran menulis, membentuk kredibiliti dan pengaruh bukanlah perkara yang dapat dibuat dalam masa yang seminggu atau sebulan. Ia memerlukan waktu, tetapi dengan strategi yang betul ia tidaklah begitu lama. Perlu ada kesabaran dan kesungguhan disepanjang jalan.

Seandainya anda membuat keputusan untuk menjadi penulis dan menjana pendapatan daripadanya, usaha belajar secara berterusan perlu dilakukan. Orang yang tidak memiliki apa-apa, maka dia tidak akan dapat memberi apa-apa kepada orang lain.


(Sumber: doktorspinn, rahsiapenulis.com



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mempunyai pendapat, pandangan dan pengalaman berkenaan topik yang dituliskan di atas? Tuliskan di bawah dan kongsikan bersama kami.