Klik LIKE untuk dapatkan kemas kini melalui Facebook anda.
RAHSIA PAKAR PEMASAR INTERNET (1) : MEMPUNYAI PRODUK SENDIRI.
Perhatikan orang berjaya, kemudian tiru cara mereka
berfikir dan bertindak, dengan izin Allah suatu hari kita pasti akan mendapat
hasil dan kejayaan yang sama seperti mereka.
Percaya dengan prinsip mudah tersebut, saya selalu memerhatikan
orang yang berjaya dalam bidang yang saya ceburi. Saya lihat, perhati dan cuba
fahami bagaimana mereka mencapai kejayaan-kejayaan tersebut. Saya juga ingin
berjaya seperti mereka.
5 tahun daripada sekarang itu sasaran saya. Menjadi
usahawan internet sepenuh masa.
Dalam usaha menjadi usahawan internet atau secara
khususnya, saya perhatikan Pakar Pemasar Internet atu Internet Marketer seperti
Tuan Rahman Basri, Tuan Zamri Nanyan, Tuan Faisal Abdullah, Tuan Oswald Justin,
Tuan Jamaluddin Bahari dan Tuan Aqif Azizan.
Terdapat banyak perkara yang saya perolehi. Ada yang
saya telah mula praktik dan amal. Mengikut keutamaan dan kesesuaian situasi
saya sekarang. Insya’ Allah, saya akan cuba berkongsi dengan anda tentang hasil
pemerhatian saya.
Berdasarkan pemerhatian, saya dapati, mereka
semuanya mempunyai beberapa kriteria. Tidak semua kriteria yang saya kongsi ini
dibuat oleh semua Pemasar Internet, tetapi saya akan senaraikan yang digunakan
oleh majoriti.
Bagi penulisan pertama dalam siri ‘Rahsia Pakar
Pemasar Internet’ inilah kriteria yang saya temui:
# 1 - Mempunyai Produk Sendiri.
Majoriti daripada Pemasar Internet atau Internet Marketer
ini mempunyai produk informasi digital mereka yang tersendiri.
• Tuan Faisal Abdullah - 'Simple Tapi Power'.
• Tuan Rahman Basri - 'FB Cash Formula'.
• Tuan Oswald Justin - 'Panduan Like Cara Pro'.
• Tuan Jamaluddin Bahari - 'DVD Latest FB Ads Marketing'.
• Tuan Aqif Azizan - 'Menjual Produk Tanpa Menyakitkan Hati Pelanggan'.
• Tuan Zamri Nanyan - 'Pakar Affiliate - Panduan Pemasaran Affiliate'.
• Tuan Rahman Basri - 'FB Cash Formula'.
• Tuan Oswald Justin - 'Panduan Like Cara Pro'.
• Tuan Jamaluddin Bahari - 'DVD Latest FB Ads Marketing'.
• Tuan Aqif Azizan - 'Menjual Produk Tanpa Menyakitkan Hati Pelanggan'.
• Tuan Zamri Nanyan - 'Pakar Affiliate - Panduan Pemasaran Affiliate'.
·
Itu cuma beberapa Pakar Internet Marketer yang saya
senaraikan dan hanya satu produk mereka yang saya nyatakan. Banyak lagi yang
saya belum sebutkan.
Mempunyai produk sendiri adalah salah satu daripada
kunci kekayaan majoriti Pemasar Internet. Demikian pengakuan yang dibuat oleh
Tuan Zamri Nanyan.
Kini saya sedang mengorak langkah untuk menjadi
seperti mereka. Saya mempunyai beberapa produk informasi digital saat ini. Yang
baru dilancarkan adalah pakej, ‘Strategi Buat Duit Dengan Group Facebook’.
Dalam masa 7 hari dilancarkan, ia telah memberikan pulangan lebih RM200 kepada
saya. Alhamdulillah.
Selepas membaca pernyataan di atas, mungkin
persoalan yang terlintas dalam fikiran anda adalah,
"Bagaimana saya mahu
buat produk informasi digital seperti mereka?"
Jika itu soalan yang bermain dalam minda anda, sebelum
mengakhiri catatan ringkas ini, saya gembira membantu anda untuk mendapatkannya
jawapannya.
Dengan panduan yang dinyatakan dalam Pakar Produk Digital,
insya' Allah, anda juga mampu mempunyai produk sendiri seterusnya menjana
pendapatan lumayan daripadanya. Tiada yang mustahil, andai anda benar-benar
menginginkan kejayaan.
Jumpa lagi dalam pendedahan saya yang akan datang.
Kategori
Bisnes
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Terima kasih atas perkongsian di atas. Teringin juga jadi usahawan berjaya internet macam senarai yang tuan berikan di atas.
BalasPadamTerima kasih juga tuan, kerana membaca blog setahun jagung saya ini. :)
BalasPadamDi mana ada kemahuan disitu ada jalan. Tetapkan matlamat, buat perancangan dan bertindak, dengan izin Allah, kejayaan akan dicapai. Moga kita berjaya. :)