Klik LIKE untuk dapatkan kemas kini melalui Facebook anda.

Menyalurkan informasi untuk orang makan gaji dan orang bisnes untuk lebih berjaya dalam kerjaya, kewangan dan bisnes dengan cara patuh syariah.

TONY ROBBINS: MENGAPA SEJUMLAH MANUSIA BERTINDAK PANTAS & YANG LAIN TIDAK?

Ini video yang saya baru tonton hari ini.

Daripada Tony Robbins seorang tokoh dalam bidang pembangunan diri. Dalam video ini beliau menjelaskan tentang sebuah persoalan, "Mengapa sejumlah manusia bertindak pantas, sedangkan yang lainnya duduk diam dan tidak melakukan apa-apa, walaupun mereka sudah tahu cara untuk berjaya?"



Salah satu daripada jawapannya adalah mereka kurang kemahuan. Mereka tiada ada 'WHY' atau sebab untuk bertindak dan mengamalkan apa yang mereka tahu untuk berjaya.
Jika anda rasa semangat anda lemah untuk bertindak dan mencapai apa yang anda mahu, satu tip mudah yang boleh anda amal adalah ambil sehelai kertas dan senaraikan mengapa anda mahu berjaya.

Dalam kertas tersebut mulakan setiap sebab dan ayat dengan 'Saya mahu........ "

Perkara ini saya sudah tuliskan sebelum ini, namun sengaja saya ulang semula dengan menyertakan video ini untuk peringatan buat diri saya sendiri, yang kadang-kadang lemah semangat untuk berusaha. Diharapkan ia juga akan memberikan manfaat kepada anda.

Dimana ada kemahuan di situ ada.....?





Mahukah anda mendapatkan 3 ebook dan 1 mp3 bernilai RM47 secara percuma? 

Jemput klik pautan ini sebelum 21hb Jun 2014 (Sabtu) ---> Muat Turun Informasi Bernilai RM47 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mempunyai pendapat, pandangan dan pengalaman berkenaan topik yang dituliskan di atas? Tuliskan di bawah dan kongsikan bersama kami.