Klik LIKE untuk dapatkan kemas kini melalui Facebook anda.

Menyalurkan informasi untuk orang makan gaji dan orang bisnes untuk lebih berjaya dalam kerjaya, kewangan dan bisnes dengan cara patuh syariah.

BENARKAH HADIS 9/10 REZEKI DATANG DARIPADA BISNES?

 
Hadis “sembilan persepuluh rezeki datangnya daripada bisnes” adalah hadis yang cukup popular apabila bicara tentang bisnes. Berikut adalah teks arabnya:

تسعة أعشار الرزق في التجارة

Berdasarkan semakan para ulama hadis ini adalah tidak shahih, bahkan ianya mursal - salah satu bentuk hadis dhaif. Terdapat perawi yang gugur dalam sanadnya. Demikian menurut al-Iraqi dalam Takhrij al-Ihya, juz. 2, hal. 79.

Menurut Ibn Rajab al-Hanbali dalam Fadhail asy-Syam, juz. 3, hal. 197, sanad hadis ini adalah dhaif kerana ianya terputus.

Lebih malang apabila ada yang menyebarkan hadis ini di internet dengan menyatakan ianya riwayat al-Bukhari, sehingga menyangka ia shahih. Itu adalah kenyataan yang dusta.

Kesimpulannya, hadis “sembilan persepuluh rezeki datangnya daripada bisnes” adalah dhaif, tidak shahih daripada Rasulullah s.a.w.

Saya hanya menyatakan hadis di atas adalah tidak shahih. Ada pun daripada segi makna dan realiti, saya tidak menolak bahawa bisnes sememangnya menjanjikan pendapatan yang lumayan. Meski begitu, itu bukan lesen untuk menyebarkan hadis dhaif atas Rasulullah s.a.w tanpa mematuhi syaratnya.

Kembali Kepada Sunnah.

Hari ini ramai orang mengajak manusia agar menjalankan bisnes atas alasan mengajak kepada sunnah, ironinya tidak sedikit yang berniaga atas alasan sunnah mengabaikan syariat Allah saat menjalankan bisnes seperti mendedahkan aurat, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan menggunakan iklan yang bercanggah dengan agama, dan meninggalkan perintah solat.

Adakah sedemikian sunnah Rasulullah s.a.w dalam bisnes?

Berusahalah untuk mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya dalam melakukan bisnes, dan bukannya separuh-separuh.


(Sumber gambar:mustakhim )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mempunyai pendapat, pandangan dan pengalaman berkenaan topik yang dituliskan di atas? Tuliskan di bawah dan kongsikan bersama kami.